Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, October 11, 2012

[Tun M TERBAIK] Dituduh nyanyuk... "Saya nak kata apa..." - Dr Mahathir

Bagi wartawan yang biasa cover sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad, cukup faham stail dia jawab soalan yang kadang-kadang serius dan ada kalanya sinikal.

 

Ketika ditemui pemberita di Majlis Anugerah Pekerja Institut Jantung Negara (IJN) tadi Dr Mahathir sekali lagi tunjuk kemampuan dia menyindir dan sekaligus menjawab soalan wartawan.

 

Ia terjadi bila ada wartawan yang minta komen beliau mengenai kenyataan pemimpin DAP, Tony Pua, yang menyifatkan bekas perdana menteri itu sebagai 'nyanyuk dan tidak relevan.'

 

Dengan selamba saja Dr Mahathir kata, "Itu hak dia lah nak kata saya nyanyuk, saya nak kata apa," katanya.

 

Tidak puas hati dengan soalan itu, ada yang buka mulut tanya, pasal isu kerugian Bank Negara lama dulu, ketika beliau merupakan orang nombor satu negara.

 

Dengan sinis, Dr Mahathir berkata beliau tidak dapat menjawab soalan kerana sudah "nyanyuk".

 

"...saya nyanyuk, jadi kenapa orang masih mahu tanya saya?

 

"Anda tengoklah, saya nyanyuk jadi saya tidak dapat jawab soalan anda," katanya menyebabkan ramai ketawa.

 

Itulah Dr Mahathir, dan caranya berdepan dengan soalan-soalan wartawan, cukup bersahaja dan buatkan ramai yang hendak tanya lagi jadi 'mati kutu' dapat jawapan macam itu.

 

Sebelum itu, dalam sidang medianya di IJN, Dr Mahathir yang merupakan pencetus idea menubuhkan pusat rawatan jantung terkemuka itu berkata pencapaian IJN amat mengagumkan dan menempa sejarah perubatan negara dengan melakar nama di dalam dan luar negara.

 

"Saya berpuas hati dengan pencapaian IJN... banyak pencapaian dan teknik baru dipelajari serta dikembangkan... saya yakin IJN akan lebih maju pada masa akan datang.

 

"Saya sendiri pernah melalui pembedahan jantung di sini, dan meskipun pembedahan kali kedua itu dikatakan sukar namun saya pulih semula dan boleh aktif seperti sedia kala termasuk menunggang kuda," katanya.

 

Menurutnya, khidmat IJN perlu diperluas dalam bidang perubatan lain dan tidak hanya menawarkan serta mengehadkan pada rawatan jantung semata-mata.

 

Katanya, IJN perlu memperkenal perkhidmatan baru supaya terus relevan dalam bidang perubatan dan perawatan.

 

"IJN perlu diperkembangkan dengan tidak terhad pada jantung saja sebaliknya kepada anggota badan yang berkaitan seperti paru-paru, termasuk berkaitan kardiovaskular dan surgeri torasik," katanya.

 

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sijil perkhidmatan kepada 112 perintis IJN sejak 1992, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari serta 45 petugas yang berkhidmat selama 10 dan lima tahun serta pesara IJN.

 

Beliau turut menasihatkan masyarakat khususnya pesara supaya kekal aktif dan mengutamakan kesihatan bagi mengelak tekanan serta gangguan kesihatan.

 

Sementara itu, mengulas kenyataan anggota seumur hidup PAS, Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad, yang menyatakan parti pembangkang itu tidak lagi menepati kehendak Islam apabila bekerjasama dengan DAP, Dr Mahathir berkata Shahnon kini sedar apa yang parti itu sudah lakukan.

 

"Saya fikir dia dah sedar tentang apa yang PAS sedang lakukan, walaupun dia tidak sihat, saya fikir dia akhirnya rasa terpaksa untuk menyatakan pendapatnya yang sebenar," katanya.

 

Beliau turut menyifatkan Bajet 2013 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini sebagai belanjawan yang baik dan mungkin akan menolong menambah sokongan masyarakat kepada kerajaan.

 

Sumber: www.agendaDaily.com

 

 

 

3 comments:

  1. Kau bukan tandingan tun mahathir laa, tony..
    anwar sendiri pun tak terlawan !!

    ReplyDelete
  2. salam.

    pada saya adalah satu perlakuan yang kurang beradab bila wartawan2 tersebut menanyakan kepada Tun M hal tersebut di sidang akbar yang sepatutnya mengenai IJN. Rasanya wartawan2 tersebut bukan lah wartawan2 yang dijemput untuk hadir ke sidang akbar itu. Btw, penganugerahan itu adalah untuk mereka2 yang berkhidmat selama 20 tahun, 15 tahun (bukan 5 tahun seperti yang tertera) dan 10 tahun and Tun M telah sudi menyampaikan kepada semua penerima anugerah yang dianggarkan seramai 200 orang. Terima Kasih Tun M!

    ReplyDelete
  3. Hebat betol Tun. Kalu bukan Najib yg jadi PM sekrg atau Tok Lah yg jadi PM, tentu kelibat Tun xnampk dah. Tun is the one and nothing can compare him on planet.

    ReplyDelete