Minda Hijrah Headline Animator

Friday, October 5, 2012

[TERKINI] SPRM siasat kenduri kahwin anak Ali Rustam

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berikutan penganjuran majlis kenduri kahwin anak lelakinya baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, siasatan akan dilakukan secara menyeluruh.
"Kita teliti satu persatu, tengok perbelanjaan daripada mana, siapa yang keluarkan duit, kita periksalah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Bagaimanapun, beliau enggan menjelas lanjut kerana siasatan baharu sahaja bermula.
 
Majlis perkahwinan anak Mohd Ali pada hujung minggu lepas dihadiri lebih 130,000 orang sekali gus diiktiraf 'Malaysia Book of Records' sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan. - Bernama

5 comments:

  1. Dah melampau sangat semangat terlampaunya..yg lepas lepas.. bini dia diberi Datuk.. Pingat yg terbanyak diberi kalahkan kurnia pingat Pahang...
    Khairy kalau masih berteman disana..pasti hanyut..
    cukup ah...yg terpalit ialah parti.. malulaht sikit kat ahli.. mereka terasa perit lelah terbuang kat sampah sebab begini..Ingatlah semangat terlampau dan sikap berlumba menunjuk hebat..dah lama tak diterima manusia sekarang..malah orang melaka pon dah menjeruk rasa... wahai Ali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua cayalah. walaupun mampu, tetap dianggap satu pembaziran. bukan kah pembaziran itu amalam syaitan? nik aziz berkawan dgn syaitan pandai pulak mengata tapi melakukan kerja kerja syaitan boleh lak. benar saperti yang disarankan bahawa perbuatan ini telah memalitkan nama parti. apa nak cakap, dia orang besar dan boleh buat apa saja dan mesti ikut cakap dia jer.

      Delete
  2. Nape kalo sblh pembangkang wlpon dah jelas dgn bukti tapi SPRM senyap saje...tgk kes MB Selangor, kes pasir, kes sampah dan lori sampah, kes bas mewah 2 tingkat....tu belum yg len, ANUwar..dgn kehidupan yg mewah,,,kesana kemari, keluar negara umpama pergi BB brshopping xde pon di siasat...

    Huh ....adakah ini namanya keadilan atau KELDAIAN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebagai parti yang memerintah, kenalah tunjukkan tauladan yang baik. lagi pun kes kes yang disebutkan itu aku rasa masih lagi dalam siasatan, bukanya dibiarkan saja.

      Delete
  3. Anon 6.13, hang nak tau ke apasal siasatan SPRM kes MB Selangor, PKNS dan lain-lain yang sewaktu dengannya membabitkan dia orang ni senyap..? Haa.. Ni cerita lama yang ramai kat SPRM Selangor tahu. Macam kes PKNS, kes dianggap solid dengan info first class. Tapi apa jadi..? Informer kena tendang a.k.a dipecat dipercayai oleh kebocoran dalaman SPRM Selangor sendiri. Kertas Siasatan (I.P) tak semena-mena hilang. Laptop yg ada maklumat 'hilang' kerana kereta kena pecah. Tapi no proper inquiry was formed/held. Lagi sedap, pegawai kanan dia sendiri gred tinggi tu bro kena tangkap khalwat dengan betina-betina dengan diserikan botol-botol arak di bilik suram di satu daerah di Selangor ni. Ni ape cerita..? Tak caya..? Hang pi tanya JAIS. Beberapa boss besar kat Putrajaya pun tahu hal ni.Silap-silap esok lusa Jais nak dakwa si mamat ni. Mcmmana nak basmi, silap2 dgn kumpulan Fukatan ni, depa yang jadi parasit kat SPRM ni makan lagi besar. Dengan BN tak boleh psl singa BN lagi garang..

    ReplyDelete