Bekas anggota Parlimen Lembah Pantai itu berkata tiada siapa yang lebih layak selain Raja Nong Chik yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno kerana kerja kerasnya di kawasan Parlimen Lembah Pantai selama ini.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat itu juga berkata: "Sebenarnya saya telah menyokong Datuk Raja (Nong Chik) sejak tiga tahun yang lalu, cuma hari ini saya umumkan.
"Ini kerana Datuk Raja Nong Chik telah bersama saya selama 15 tahun ketika saya menjadi ahli parlimen Lembah Pantai selama tiga penggal," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.
Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar turut hadir pada sidang akhbar itu.
Shahrizat yang merupakan anggota Parlimen Lembah Pantai sejak pilihan raya umum 1995 setelah mengalahkan bekas ketua hakim negara Tun Mohamad Salleh Abas dari parti Semangat46 dengan majoriti 13,361 undi gagal untuk mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal ke-empat pada pilihan raya umum lepas.
Shahrizat telah dikalahkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar. Nurul Izzah mendapat kelebihan sebanyak 2,895 undi.
Raja Nong Chik berkata hubungan beliau dengan Shahrizat tidak pernah putus walaupun terdapat dakwaan bahawa beliau menjadi punca karier politik Shahrizat berakhir.
"Semasa dalam kabinet, saya duduk sebelah menyebelah dengan Shahrizat. Saya akui kadang-kadang saya ada perbezaan pendapat, tapi saya tidak pernah bergaduh dengan Datuk Seri.
"Sebenarnya yang nak sangat kami gaduh cuma pembangkang, mereka seboleh-boleh mahu Umno berpecah supaya mereka menang dengan mudah. Kalau parti Umno ini bersatu padu, mustahil mereka akan dapat menang," katanya.
Sementara itu, Shahrizat juga menuntut Nurul Izzah menunaikan janji untuk memberikan elaun saraan dari RM600 hingga RM1,500 kepada suri rumah jika menang pilihan raya umum 2008.
"Semasa kempen 2008, beliau menjanjikan elaun saraan kepada suri rumah, sekarang sudah empat tahun, mana dia janji-janji mereka?
"Ternyata ini adalah janji kosong mereka, asalkan mereka dapat menang pilihan raya, mereka tidak lagi mempedulikan rakyat," katanya. - BERNAMA
Alhamdulillah. Sikap kak ijat wajib dicontohi oleh semua pemimpin umno bukannya kecewa jika tidak dicalonkan. Semoga kak ijat tabah dengan dugaan dan fitnah yang sedang melanda dirinya.
ReplyDelete