Kebebasan penjualan arak secara terbuka di premis-premis Selangor berpunca dari sikap positif Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membenarkan aktiviti penjualan tersebut dilakukan sejak dari tahun 2008.
Anwar seperti dilaporkan Mkini dotcom dan Mstar pada November 2008 berkata 'tiada larangan jualan alkohol di 7-Eleven, pasaraya dan kedai kopi di Selangor'.
"Bagi saya tidak ada apa-apa masalah kerana dasar itu agak jelas kerana kita bukan menidakkan keinginan orang bukan Islam tetapi sekadar tidak menggalakkan golongan muda khususnya umat Islam minum arak," katanya di lobi Parlimen.
Anwar membuat kenyataan itu sebagai respon terhadap cadangan daripada PAS Selangor yang mengusulkan supaya penjualan minuman berakohol tidak dijual secara terbuka.
Menurut Anwar, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengamalkan dasar demokratik yang memberi ruang kepada semua pihak untuk menyuarakan pandangan, namun sebarang polisi mengenai penjualan arak ini seharusnya dibincangkan dan diputuskan oleh kerajaan negeri iaitu menerusi mesyuarat exconya.
Sumber: www.anwaraidc.com
Sebab tu haron din kata perjuangan anwar tidak berasaskam Islam.
ReplyDeleteDulu kata nak tutup... Kita menang.. kita kunci kilang arak.. 4 tahun dah der..
ReplyDeletease dr dlu lg sblum selangor ambil alih da mmg cmtu.. pening ak ngn UMNO neh..aiyoo.. PKR brsih sgt smpi xd tjuk ke admin??hahahahaha... be END
ReplyDeletesgt2 harap PR mmbuat prubahan pd malaysia.. da ckup dgn pnipuan rasuah salah guna kuasa pembaziran fitnah sane sini video seks sana sini cukai segalanya tinggi minyak tinggi hidup mewah dikalangan menteri projek dimonopoli ahli keluarga menteri...CUKUP sudah.. KAMI XMAHU UMNO MCA MIC perintah negara ni dah...