AgendaDaily - Pembangkang di Malaysia rasanya pembangkang paling bertuah di rantau Asean ini, walaupun mereka sering tuduh kerajaan zalim dan sekat itu ini aktiviti mereka, tak ada negara yang pembangkang bebas berkempen dan hentam kerajaan setiap hari macam di negara kita ini.
Selain ceramah politik setiap malam di seluruh negara, pembangkang Malaysia ada akhbar dan portal berita sendiri dan paling menarik adalah boleh berkempen ikut suka depa bila-bila masa.
Jika sebelum ini, PKR lancar bas mewah berharga jutaan ringit untuk digunakan dalam jelajah politik mereka, kini sekutunya DAP pula lancar treler bagi tujuan yang sama.
Riuh sakan lepas ini, cuma tunggu apa pulak yang PAS nak lancarkan lepas PKR ada bas dan DAP ada treler.
Apa yang pelik, pembangkang yang konon perjuangkan rakyat, tidak pulak lancar program-program rakyat segah macam mereka lancar kempen politik mereka sendiri.
Sebab itu menurut seorang pemimpin NGO, Anuar Basiran, pembangkang di Malaysia ini tidak membina, hanya tahu salahkan kerajaan BN tetapi tidak ada program alternatif untuk rakyat.
"Kerjanya berkempen siang malam, salahkan kerajaan BN semua perkara, tetapi mereka sendiri hanya menjual janji tanpa apa-apa faedah kepada rakyat," ujarnya yang juga Presiden 4 Justice.
Menurutnya, walaupun pembangkang berkuasa di beberapa negeri, tetapi tidak ada satu program yang diingati bagi kesejahteraan rakyat kecuali menjual janji kononnya akan dilaksanakan jika mereka memegang kuasa di Putrajaya.
"Jika di peringkat negeri pun tidak boleh laksana, macam mana hendak buat jika perintah negara, sekarang pun kita lihat, mereka akan bercakaran sesama sendiri, berebut jawatan dan berlumba untuk tonjol siapa yang paling kuat di antara mereka," katanya ketika dihubungi Agendadaily.
Treler merah DAP dilancarkan di Seremban oleh setiausaha agungnya Lim Guan Eng semalam. Trak tersebut dipercayai akan digunakan sebagai jadi pentas ceramah mudah alih, sama seperti bas PKR.- Helmi Hanafi

rockyKCD - PAS ada selipar dan tongkat Tok Guru :)
Pas nk lancar patung berhala terbaru lah kot...
ReplyDeleteJangan terkejut PAS akan lancar MAGIC CARPET....macam dalam cerita Tan Sri P.Ramlee ha....ha....ha..
ReplyDeleteKita tunggu bila UMNO BN jadi pembangkang depa nak buat projek apa pula? Boleh ka dia buat jabnatan Langkawi -Kula Perlis...
ReplyDelete