Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, October 30, 2012

Pemuda Umno desak AES ditangguh


Pemuda Umno hari ini sebulat suara mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga kajian menyeluruh dilakukan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga berharap mesyuarat Kabinet  minggu ini dapat membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Pemuda desak kerajaan tangguh AES. Kaji semula," kata beliau, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), menerusi Twitternya petang ini. Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau dipetik Bernama berkata, kajian semula itu perlu bagi mengatasi kelemahan pada pelan pelaksanaan AES sekarang dan memastikan sistem itu mampu berfungsi sempurna mengesan pesalah trafik di negara ini.

"Sistem AES itu sendiri merupakan sistem amat baik, namun hasil maklum balas akar umbi kami dapati terlalu banyak kelemahan pada pelan pelaksanaan AES yang perlu diatasi antaranya lokasi dan had laju praktikal bagi sesebuah kawasan,” katanya.

Khairy berkata kerajaan juga perlu mengadakan publisiti dan pendidikan umum bagi memberikan informasi yang lebih jelas kepada rakyat.

"Adalah penting untuk rakyat memahami dengan jelas sistem AES ini kerana ia mampu menyelamatkan nyawa mereka selain mengelakkan AES menjadi 'alat mainan' pembangkang untuk menakut-nakutkan rakyat," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda.

Semalam, empat Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan AES.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.

"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.
AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.

Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.

Dalam pada itu, laporan Bernama berasingan menyebut Kementerian Pengangkutan akan menghantar pasukan teknikal untuk memberi penerangan mengenai AES kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor seperti dipohon. 

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata, setakat ini hanya kerajaan negeri berkenaan meminta penjelasan berkaitan pelaksanaan AES itu.

3 comments:

  1. jika berkesannya sistem ini mendidik pengguna jalan raya supaya menjadi pemandu berhemah maka tidak ada lagi saman yg dikenakan.olih kerana tiada satu pun kesalahan lalulintas dirakam olih alat ini maka syarikat ini akan ditutup sebab tiada bayaran komision dari kerajaan utk setiap saman.cuba kita fikir2kan pengeluar alat ini telah membelanjakan berjuta rm, akan menanggung kerugian dgn sbb pengguna jln raya telah mematuhi peraturan/undang2 jalan raya.PERsoalannya adakah syarikat ini mahu menanggung kerugian? jika tidak ,apakah tindakan yg diambil olih syarikat utk menampung kos yg telah dilaburkan,adakah kerajaan terpaksa memberi komision walau tiada saman dikeluarkan.disini siapakah akan bakal diKAMBING HITAMKAN...senang saja penyelesaiannya kita LUNASKAN DI PRU 13.

    ReplyDelete
  2. AES...
    kenapa kita selalu mempertikai@membantah@menuduh dalam banyak hal yg baik..

    AES telah diguna pakai di kebanyakan negara maju...NEGARA MAJU@ NEGARA MAJU salahkah kita mengikut apa yang relevan yg telah di gunapakai oleh Negara Maju....kita bergeraklah kehadapan tentu ada kebaikkan nya.janganlah ada sifat benci/ curiga / dengki.untuk mengadaptasi teknologi masa kini.terhadap kemajuan ..saya percaya apa juga tujuan kamera tu dipasang adalah untuk menyelamatkan nyawa tak kira nyawa siapa kita, saudara kita, sahabat kita,keluarga kita,sekiranya TIADA SAMAN YG DIBUAT/DIKELUARKAN OLEH AES ITU ..bermakna kita telah berjaya mendidik pemandu2 kita tertib dijalan raya ..bukan soal kos atau siapa yang perlu dibayar atau kena bayar ..tetapi pendidikan...DAN SEPERKARA LAGI ALAT ITU BUKAN BERGERAK GERAK / MENYOROK / MENGHENDAP PESALAH LALULINTAS ..ia hanya berdiri di tempat yang kekal siapa yang laju dia yang kena, siapa yang ikut peraturan dia selamat dan telah diberitahu lokasinya dipasang. bawalah 400km/h pun sampai depan kamera ikutlah syaratnya .....sunguh senang matematiknya....Kalau dulu polis buat saman ekor pun salah juga..sekarang pakai kamera pun salah juga. apa bezanya harga saman laju berbanding nyawa pemandu mahupun penumpang didalamnya...Mungkin saudara,anak,keluarga kita didalamnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya dengan mengundi pakatan rakyat akan menjamin AES menepati matlamat sebenarnya

      Delete