Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, October 9, 2012

Nada Kecewa Terhadap Perjuangan Pas…. Shahnon Ahmad Tidak Keseorangan

Keluhan anggota Pas seumur hidup, Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad yang juga Sasterawan Negara berhubung perjuangan politik Pas bukanlah satu perkara baru sebaliknya telah lama diperkatakan.

Mudir Pondok As-Saadah, Genting Tumpat, Ustaz Zainal Abidin Awang yakin bukan setakat Shahnon Ahmad sahaja yang melihat perkara itu, malah kebanyakan ahli Pas termasuklah pimpinan yang lain turut merasai perubahan perjuangan Pas hari ini.

Cumanya ujar beliau mereka mungkin setia kepada parti dan hanya sekadar bercakap di belakang dan memerhatikan tindak-tanduk kepimpinan Pas dan berkemungkinan ianya akan meletup secara besar-besaran pada satu hari nanti.

"Masa dan waktu itu tentunya akan tiba dan tunggulah bagaimana banyak lagi ahli Pas akan bangkit mempertikaikan perjuangan Pas hari ini. Memanglah kita nampak daripada pelbagai sudut dan orang ramai pun dah mula melihat akan perkara ini.

"Saya sendiri pun dah lama nampak perubahan pada Pas…Dah banyak dah tergelincir perjuangan mereka dan yang ada hari ini masing-masing tertumpu kepada perjuangan menuju ke Putrajaya," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP, kata Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad (gambar).

Beliau berkata, apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

Ustaz Zainal seterusnya menambah apa yang diperkatakan oleh Shanon Ahmad itu wajar diperhalusi dengan mendalam oleh pucuk pimpinan Pas dalam usaha memartabatkan kembali parti berkenaan.

"Kalau saya cakap mungkin orang akan cakap benda lama…tetapi realitinya bukankah Pas pada satu ketika pernah menghentam UMNO yang mengambil pendekatan bekerjasama dengan bukan Islam.

"Pada waktu itu pelbagai tohmahan dilemparkan tapi hari ini mereka berkawan dengan DAP yang terang-terang menentang perjuangan negara Islam. Kita yakin  dalam kekecewaan ini Shanon Ahmad tidak keseorangan ," katanya. -MediaUMNO

Sumber : www.umno-online.com

No comments:

Post a Comment