Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, October 23, 2012

[MYKMU.NET] - Nik Aziz Nyanyuk Bila Minta UMNO Dibubarkan

Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat barangkali sudah termasuk dalam kalangan orang tua yang sudah nyanyuk, mana tidaknya, apabila tiba-tiba sahaja meminta UMNO dibubarkan konon atas nama politik mawaddah (politik kasih sayang).

"Saya kata begini kepada rombongan itu semalam, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk Umno dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46.

"Begitu juga jika Umno mahu berbaik dengan Pas, kita juga mahu bubar dasar kebangsaan, kita (Pas) masukkan dasar Islam, bubar Umno, apa kurangnya dengan Islam," demikian kenyataan Nik Aziz kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Keluarga Mawaddah Peringkat Negeri Kelantan di Taman Tengku Anis, Tanjung Chat Sabtu lepas.

Bagi yang memahami sejarah jatuh bangun parti S46, tentunya mereka tahu kewujudan parti tersebut adalah disebabkan sengketa politik di antara kem dalam UMNO yang membawa kepada wujudnya kumpulan serpihan tersebut.

Hasil daripada kewujudan S46 yang diterajui oleh Ku Li, akhirnya terbentuklah Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang merupakan satu kerjasama politik diantara S46, PAS, HAMIM dan BERJASA yang membawa kepada penguasaan mereka di negeri Kelantan.

Selain kewujudan APU, Ku Li juga membentuk Gagasan Rakyat yang merangkumi S46, DAP, PBS dan PRM. Di antara dua gabungan ini, S46 menjadi orang tengah bagi menghubungkan DAP dengan PAS.

S46 adalah parti serpihan yang sama saja tarafnya seperti PAS yang juga merupakan serpihan dari UMNO, jadi sepatutnya bukan UMNO yang patut dibubarkan sebaliknya PAS yang sebaik-baiknya dibubarkan.

Apabila secara sedar atau sebaliknya, Nik Aziz menjadikan pembubaran S46 sebagai model untuk menuntut pembubaran UMNO, jelas sekali Nik Aziz sudah masuk ke peringkat orang tua nyanyuk yang tak sedar diri.

UMNO yang menerajui Barisan Nasional dan memiliki kerusi Parlimen dan DUN berkali-kali ganda lebih besar dari PAS mahu dibubarkan, PAS yang hanya bertaraf balaci dalam PR serta cuma menguasai 23 kerusi Parlimen pula mahu berlagak besar.

Jika alasan dasar kebangsaan yang dijadikan tanda aras untuk menentukan ketidak Islaman UMNO, kenapa pula PAS boleh pula bersekongkol dengan S46 dalam APU sedangkan tika itu semua maklum dasar perjuangan S46 ialah Nasionalisme Melayu Islam.

Malah PAS juga pernah mengikat kerjasama dengan Parti Negara pimpinan Datuk Onn Jaafar yang terkenal dengan semangat nasionalisme (kebangsaan) terutama sekali ketika PAS dan Parti Negara berjaya memerintah Terengganu selama 2 tahun (1959 – 1961).

Lagipun, sejak PAS hidup atas muka bumi ini hingga sekarang, PAS tidak pernah mampu mengambil alih tugasan UMNO dalam membangunkan dan memajukan kehidupan orang Melayu Islam, acapkali bila PAS mengadakan kerjasama dengan parti lain, selalunya PAS hanya sekadar menjadi pak turut.

Bukankah pelik sekali sifatnya, sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam seperti PAS, meminta UMNO dibubarkan sedangkan PAS sendiri gagal menonjolkan dirinya sebagai penentu halatuju rakan sepakatan sama ada ketika bersama APU, GAGASAN RAKYAT, BARISAN ALTERNATIF, BARISAN RAKYAT mahupun sekarang ini ketika bersama PAKATAN RAKYAT.

Sumber - www.mykmu.net

1 comment:

  1. Orang tua ni memang dah nyanyuk. Itu yang kuat merepek sampai sanggup gadai islam

    ReplyDelete