Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, October 13, 2012

Mana 50 lori sampah Selangor?

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed, hari ini mempersoalkan dimana 50 buah lori kompaktor yang dibeli kerajaan negeri Selangor sebelum ini.

Zin mendakwa sehingga kini kesemua lori yang menelan belanja RM14.5 juta itu tidak kelihatan sementara masalah sampah di Selangor terus berleluasa.

Belum pun isu lori sampah itu selesai, rakyat Selangor dikejutkan dengan dakwaan kaitan bas mewah milik Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim  dengan syarikat pengeluar lori-lori tersebut.

"Sehingga kini persoalannya, mana lori-lori sampah ini? Kenapa kerajaan negeri masih belum menerima sebarang lori baru seperti yang dikatakan ?

"Tiba-tiba kita dikejutkan pula dengan isu bas Jelajah Merdeka PKR yang turut dikaitkan dengan pembelian kompaktor sampah kerana dari pengeluar yang sama iaitu Dong Feng. Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah benar pendedahan bahawa bas itu merupakan satu 'silap mata' Menteri Besar?," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di Bangunan UMNO Selangor, di sini, hari ini.

Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang turut berkata Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) yang dikendali BN Selangor menerima aduan berkaitan masalah sampah hampir setiap hari dan ia membuktikan kerajaan negeri masih gagal menyelesaikan masalah tersebut.

Sebelum ini Khalid mempertahankan keputusan pembelian 50 buah lori kompaktor tersebut, selain menyatakan ia memberi penjimatan kepada kerajaan negeri.

Kerajaan negeri turut menafikan keputusan menyemak semula pembelian tambahan 50 kompaktor sampah buatan China membabitkan kos RM14.5 juta untuk menyelesaikan masalah kutipan sampah di Selangor mempunyai kaitan dengan pembaziran.

Bagaimanapun, sebelum ini sebuah laman blog, http://sel13.com menyiarkan laporan mempertikaikan pembelian 50 model lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta oleh kerajaan PKR Selangor termasuk bas dua tingkat dan trak kontena serba guna untuk parti itu.
 
Selain itu, blog terbabit turut mempersoalkan kenyataan Abdul Khalid yang mendakwa bas mewah digunakan parti itu sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah disewa dan dibiayai sepenuhnya oleh beliau tanpa menggunakan wang kerajaan negeri.


2 comments:

  1. memang sama taraf...macam sampah ..,angkut sekali exco sampah ketapak sampah..

    ReplyDelete
  2. Bolih percaya khalid gagap ..mgeluarkan duit sendiri untuk sewa bas 2tingkat....lucu betul ....budak tadika xkan percaya.....

    ReplyDelete