Minda Hijrah Headline Animator

Friday, October 12, 2012

[Lebai PAS Kaki Fitnah] SAR Tidak Dipinggirkan, Peruntukan RM95 Juta Pada Tahun 2011

Kementerian Pelajaran menyalurkan bantuan berjumlah RM95 juta kepada sekolah agama rakyat (SAR) pada 2011, sekali gus menangkis tuduhan pembangkang bahawa kerajaan tidak menyediakan peruntukan kewangan untuk sekolah itu.

 

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata kemudahan lain turut diberi kepada SAR selepas mereka berdaftar dengan kementerian.

 

"Sehingga kini, 156 daripada 382 SAR di seluruh negara telah berdaftar dengan kementerian dan ditukar status kepada sekolah agama bantuan kerajaan (SABK)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

 

Beliau berkata apa yang menjadi masalah sekarang ialah kebanyakan SAR enggan berdaftar dengan kementerian.

 

Puad berkata antara kemudahan yang diberi kepada SAR yang berdaftar dengan kementerian ialah bantuan kewangan untuk menaik taraf sekolah serta guru-gurunya dilatih dari semasa ke semasa, berjawatan tetap, berpencen dan menerima skim gaji yang lebih baik.

 

Sekumpulan pelajar SAR dilihat berhimpun di pintu masuk bangunan Parlimen pagi ini dikatakan untuk menuntut peruntukan kepada sekolah berkenaan.

 

sumber : www.umno-online.com

 

No comments:

Post a Comment