Minda Hijrah Headline Animator

Friday, October 19, 2012

Kenapa Mahfuz tak mau komen pasal Dewan Ulama PAS Kedah kecam DAP?

Datuk Mahfuz Omar antara pemimpin PAS yang diketahui 'suka sangat bercakap'
Di Dewan Rakyat beliau kerap berdiri dan 'on microphone' semata-mata nak mencelah perbahasan.
 
Di luar dewan, kalau media bertugas, minta komen, ahli parlimen Pokok  Sena itu jarang tolak 'publisiti' datang bergolek.
 
Namun, pada Selasa, Mahfuz tidak mahu komen pasal Dewan Ulama PAS  Kedah membidas sikap DAP, sekutu mereka dalam kerajaan negeri selain  PKR.
 
Apabila Agendadaily menghampirinya selepas sidang media majlis  pimpinan Pembangkang di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di tingkat  14, bangunan pejabat parlimen, Mahfuz cepat-cepat mengelak soalan  berkaitan isu itu.
 
Mahfuz Cuma beritahu beliau bukan dalam pimpinan negeri maksudnya  dalam PAS Kedah.
 
"Biarlah orang atasan jawab," ujarnya dan berlalu.
 
Pelik juga dengar jawabannya itu kerana walaupun beliau tidak berada  dalam pimpinan PAS Kedah, Mahfuz adalah Naib Presiden parti.
 
Kenapa beliau tidak mahu jawab soalan mudah itu.
 
Barangkali Mahfuz nak jaga hati DAP yang dikecam Setiausaha Dewan  Ulama PAS Kedah, Syeikh Zainol Asri Ramli kerana parti itu dikatakan  selalu tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam khususnya hati  ahli-ahli parti itu apabila menentang undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri berkenaan.
 
Beliau  dilaporkan berkata, DAP tidak sepatutnya bertindak demikian  kerana terdapat perkara yang PAS boleh berpakat dengan DAP dan ada juga perkara yang tidak boleh, dalam pakatan pembangkang.
 
Kenyataan tegas Syeikh Zainol timbul selepas Pengerusi DAP Kedah, Lee  Guan Aik menegaskan DAP tidak sekali-kali akan membenarkan undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri itu termasuk pelaksanaan garis panduan papan iklan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar  (MBAS).
 
Guan Aik berkata, DAP membantah garis panduan itu yang antaranya  menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama  Islam manakala model bukan Islam perlu berpakaian sopan.
 
Itu kisah Mahfuz tetapi Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali jawab  juga soalan sama ditujukan Agendadaily padanya selepas Mahfuz 'tutup  mulut'.
 
Barangkali sudah lama kenal dan kerap berseloroh bila bersua, Mustafa tidak keberatan menjawab isu itu walaupun jawapannya juga nak 'jaga  hati' PAS dan DAP Kedah.
 
"Tak ada isu. Kedah (Menteri Besar) boleh selesaikan sendiri.

 Masalah-masalah kerajaan tempatan (PBT) Mereka boleh uruskan perkara
 ini," katanya.
 
Maksud beliau, PAS Pusat tidak akan campur tangan dalam konflik yang timbul antara parti itu di Kedah dengan DAP.
 
Maknanya, PAS menyerahkan kepada Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya  PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyelesaikan isu itu.
 
Tentu jawaban Mustafa  'boleh pakai' berbanding jawaban Mahfuz.
 
Mustahil sebagai jadi ahli parlimen di Kedah dan Naib Presiden, Mahfuz  tidak berani komen pasal Dewan Ulama negeri itu.
 
Semua itu memberi banyak makna.  – 16/10/2012- OLEH ROSLAN BIAN
www.agendaDaily.com

No comments:

Post a Comment