Minda Hijrah Headline Animator

Friday, October 12, 2012

Jika Pendapat Haron Din Pun Ditolak, PAS Nak Dengar Siapa Lagi..

Ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkili Noordin berkata kenyataan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din dan ahli PAS seumur hidup yang juga Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad merupakan luahan kata-kata yang perlu difikir masak-masak oleh para pendokong parti PAS.

Katanya, kalau kenyataan Dr Haron sebagai Timbalan Mursyidul PAS juga Majlis Syura pun tidak diterima, maka kenyataan siapa lagi yang perlu diterima.

Zulkifli berkata, pemimpin PAS itu yang bercakap dan mempertikai pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Ketua Umum PKR, Ketua Pakatan Rakyat (PR) dan ketua pembangkang.

"Dr Haron Din sendiri sudah membuat garisan mufarakah (garisan perpisahan) dan nyatakan pendiriannya. Ini ditambah dengan kenyataan Shahnon Ahmad…jadi pandangan-pandangan sebegini harus diambil kira," katanya kepada Agendadaily.

Tegasnya, pemikiran Anwar adalah liberal, pluralism dan mengikut ulamak ia adalah pemikiran sesat yang perlu dibanteras.

Beliau berpendapat, kenyataan Dr Haron bukan sahaja patut diterima tetapi disusuli tindakan.

Justeru itu, kata Zulkilfi, sudah tiba masanya anggota akar umbi PAS bangkit dan mendesak pimpinan parti mereka untuk mengadakan muktamar khas membincangkan situasi ini.

"Ini membolehkan kepimpinan pusat menyatakan pendirian mereka sama ada mahu bersekongkol dengan DAP, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar atau kembali kepada perjuangan parti," jelas beliau.

Sementara itu, Mstar melaporkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad menolak cadangan mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi membincangkan mengenai konflik dalaman yang dicetuskan bekas Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa yang mendakwa parti itu kini lari daripada dasar untuk memperjuangkan Islam.

"Tak releven untuk kita adakan muktamar. Kita tidak lari daripada landasan untuk memperjuangkan Islam," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

Sebelum ini pada 2009 Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malah Nik Abdul Aziz turut menggesa agar PAS mengadakan EGM untuk membersihkan parti itu daripada kumpulan pro-kerajaan perpaduan.

Nasharudin baru-baru ini menggesa PAS menyatakan pendirian tegas berhubung penghinaan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hukum hudud yang akhirnya disambut dengan perasaan marah pemimpin parti itu.

Berikutan itu Nasharudin juga menggesa PAS keluar daripada pakatan pembangkang ekoran pendirian DAP dalam isu hudud.

Lebih mencetuskan kontroversi ialah apabila media massa menyiarkan gambar Nasharuddin sedang duduk bersebelahan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment