Fuziah Salleh nie pon sekor lagi pompuan yang becok pasal kes Lynas. Tapi kata kawan dalam PKR, si Fuziah ini penakut dengan mak lampir Zuraida sampai tak berani pertahankan jawatan Ketua Wanita. Pon kuat buat fitnah sana sini. Cakap cakap kedai kopi mengatakan bahawa Fuziah Salleh tengah 'usha' kerusi Indera Mahkota sebab dah hampir pasti kalah kalau bertanding di Kuantan.
Petikan temubual dibawah dipetik dari Sinar Harian sebab ramai kalangan beruk-beruk dan pencacai angkut najis pembangkang punya sungguh tabur fitnah sana sini.
Dua individu Hassannuddin bin Manna dan Salleh bin Samsul dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu untuk mendaftar sebagai pemilih. Komen Tan Sri?
Sebelum ini Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ada membuat dakwaan seperti yang dilaporkan dalam Suara Keadilan bahawa Hassannuddin bin Manna telah mendaftar sebagai pemilih menggunakan kad pengenalan palsu. Beliau dikatakan memiliki kad pengenalan palsu dan kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Pusat Kota Kinabalu, tetapi masih menjadi pengundi yang sah.
Semakan SPR mendapati dakwaan itu tidak benar sama sekali. Semakan SPR dengan JPN mendapati Hassannuddin bin Manna adalah seorang warganegara dan memiliki kad pengenalan yang sah. Oleh itu, tidak timbul isu beliau mendaftar menggunakan kad pengenalan palsu. Berdasarkan rekod dalam Daftar Pemilih, beliau mendaftar sebagai pada 13 April 2007 di Parlimen Sepanggar,
Mengenai dakwaan mengatakan beliau telah ditangkap dan dipenjarakan, siasatan SPR mendapati individu yang dipenjarakan adalah individu lain, iaitu Montasir Juwak Hasan yang berasal dari Filipina dan menetap di Kampung Kalansanan Inanam,
Mengenai dakwaan bahawa Salleh bin Samsul, warganegara asing dari Filipina yang berdaftar sebagai pemilih yang menggunakan MyKad palsu seperti didakwa oleh Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang disiarkan dalam beberapa blog, semakan SPR dengan JPN mengesahkan bahawa beliau adalah seorang warganegara dan memiliki kad pengenalan yang sah. Berdasarkan rekod SPR, beliau mendaftar sebagai pemilih pada 9 April 1993 di Parlimen Pasir Gudang.
Fuziah dalam dakwaannya mengatakan Salleh bin Samsul telah dijatuhkan hukuman penjara selama setahun pada 20 September 2010. Namun siasatan SPR dengan mengunjungi keluarga Salleh bin Samsul mendapati dakwaan itu tidak benar.
Berdasarkan maklumat daripada isteri beliau dan dokumen yang ditunjukkan didapati antara Jun 2010 hingga April 2011 beliau bekerja sebagai jurukimpal dengan Syarikat Kencana Petroleum. Adalah tidak mungkin orang yang sama boleh berada di dua tempat iaitu di penjara dan bekerja dalam satu masa.
Bagi kes Hassannuddin Manna dan Salleh Samsul, ada individu lain yang menyamar menggunakan identiti kedua-dua orang pemilih berdaftar ini dan mereka itu bukan individu yang mendaftar sebagai pemilih dengan SPR.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/wawancara/pru13-tetap-diadakan-walaupun-musim-hujan-1.96918
Apa kerja chegubard selain dari jadi tukang fitnah? Itulah punca rezekinya sejak behenti jadi cikgu
ReplyDeleteFaktanya. Memang ramai orang Filipina, Indomesia, Pakistan, Myammar, Cina dll telah diberi kerakyatan untuk tujuan mengundi BN.
ReplyDeleteDari kenyataan diatas dah terbukti.