Minda Hijrah Headline Animator

Monday, October 29, 2012

Bersih 3.0 : Mahkamah Arah Tian Chua Bela Diri

Mahkamah Sesyen di sini Isnin memerintahkan anggota Parlimen Batu, Chua Tian Chang atau dikenali sebagai Tian Chua membela diri atas pertuduhan tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol), sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Hakim Mahmud Abdullah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Chua, di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan dua hari perbicaraan mulai 29 Nov bagi prosiding bela diri.

Chua, 49, didakwa melanggar perintah yang dikeluarkan Deputi Supritendan A. Rajakopal untuk beredar dari kawasan Pulapol yang diisytiharkan sebagai suatu kawasan larangan mengikut perintah kawasan-kawasan larangan 1975 – Bernama

No comments:

Post a Comment