Sinar harian-Dalam dua jam lagi Stadium Shah Alam bakal digamatkan dengan sorakan peminat bola sepak tanah air yang sudah pun berpusu-pusu memenuhi gelanggang yang akan menentukan juara Piala Malaysia 2012.
Sementara ramai melabel pertemuan malam ini sebagai 'perang terakhir' dan seolah-olah pertemuan Kelantan melawan Malaysia, bancian Sinar Harian Online menunjukkan 58 peratus pengunjung memilih pasukan Pantai Timur sebagai bakal juara.
Sokongan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula 42 peratus.
Bancian ini dijalankan sejak awal minggu ini.
Apa yang menarik ialah sokongan kepada ATM meningkat daripada sekitar 35 peratus pada peringkat awal kepada 42 peratus hari ini – menunjukkan ramai mula memilih pasukan itu sebagai pilihan mereka.
Rata-rata pembaca Sinar Harian Online menganggap pertemuan malam mini adalah sengit – ATM mahu menjulang buat kali pertama manakala Kelantan mahu membawa gelaran ketiga tahun ini.
Kedua-dua pasukan bertemu kali kedua selepas persaingan peringkat kumpulan Ogos lalu.
Berdasarkan bancian online juga, sebanyak 40 peratus atau 280 undi menunjukkan kemenangan akan ditentukan dengan perbezaan jaringan 2-1. Ia disusuli dengan 2-0 (25 peratus), 1-0 (11 peratus), 3-1 (lapan peratus) dan 3-0 (tujuh pertaus).
Selebihnya bancian mendapati sebanyak lima peratus berkata 'sukar diramal' jaringan manakala empat peratus memilih sepakan penalti akan menentukan juara.
No comments:
Post a Comment