Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, September 27, 2012

UMNO Dengki Anwar Ibrahim Naik Jet ?

 
Hehehe ada benarnya jugak kenapa ramai sangat yang dengki dengan Anwar Ibrahim naik Jet Persendirian dengan kadar sewa RM96,000 sebab wang bukan isu lagi walaupon hanya bergaji RM1 sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Sebab tu juga tiap kali ceramah, penyokong diminta bagi derma dalam tong.
 
 
 
UMNO Dengki Anwar Naik Jet
 
TAK habis-habis lagi dengan polemik jet mewah ini ya.  Penulis fikirkan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim jujur menjawab soalan para wartawan di lobi Parlimen semalam, isu ini sepatutnya sudah reda, tapi nampaknya tidak begitu.
 
Lagi dijawab, lagi banyak soalan dan andaian yang timbul.
Penulis boleh faham kalau blogger-blogger UMNO atau facebooker mereka memainkan isu ini kerana itu memang permainan mereka. 
 
Tapi bila kelompok yang non-partism pun main isu sama, ini sudah masalah.  Kita boleh fahamlah isu 'kemewahan' dan 'pembaziran' ini isu universal yang boleh menimbulkan persepsi salah bila melibatkan ahli politik – lebih lagi di Malaysia.
 
Tapi dalam kes jet mewah yang dinaiki Anwar persepsi sedemikian tidak sepatutnya terpakai kerana seperti dijelaskan semalam, jet itu dipinjam dan diuruskan oleh kawan-kawan  beliau, bukan menggunakan wangnya sendiri atau wang rakyat.
 
Sebagai pejuang rakyat, Anwar tidak mempunyai dana sebesar itu untuk 'memanjakan' dirinya sendiri.  Selama hari ini pun Anwar ke sana ke mari menggunakan khidmat pesawat biasa.
 
Kalau tidak silap penulis, ada sekali Anwar menggunakan jet peribadi iaitu sebaik dibebaskan Mahkamah pada 2004, itupun dengan tujuan menunaikan umrah selain kos penggunaan jet itu sendiri dibiayai oleh kerajaan Arab Saudi.
 
Masih lagi isunya bukan wang rakyat atau harta beliau.
 
Kalau pun menggunakan wang sendiri, apa pulak masalahnya?  Anwar bukan calang-calang orang, beliau adalah bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.  Sudah tentu sepanjang memegang jawatan tersebut beliau ada menyimpan atau menabung wang untuk keperluan masa hadapan.
 
Itu kalau benarlah beliau menggunakan wang sendiri.
 
Tidak kurang juga yang mempersoalkan kenapa pesawat itu perlu disewa dari Amerika Syarikat sana dan seterusnya meningkatkan lagi kosnya.  Bukankah ada beberapa syarikat tempatan yang menawarkan perkhidmatan sama di negara ini yang boleh digunakan?
 
Untuk menjawab persoalan ini, biarlah penulis jelaskan.  Sebetulnya, ramai orang tidak tahu, semasa menjadi TPM dahulu Anwar memang diperuntukkan sebuah jet Falcon A900 untuk kegunaan rasmi dan tidak hairan kenapa dalam hal pesawat mewah ini juga, Falcon masih menjadi pilihan Anwar.
 
Ini adalah logik mudah kenapa pesawat ini perlu disewa dari Amerika Syarikat sana.  Memang ada syarikat yang menawarkan perkhidmatan sama di rantau sebelah sini, tapi mungkin pesawat yang digunakan bukan jenis yang biasa digunakan Anwar dulu.  Bak kata pepatah 'Alang-alang memakai, biar berbaloi'.
 
Apa pun yang penting, isu ini bukanlah besar mana pun.
 
Rakyat perlu ingat satu perkara ini sahaja, kalau seratus ribu, dua ratus ribu atau sejuta sekali pun wang yang digunakan untuk membiayai perkhidmatan jet ini, jumlah itu masih lagi terlalu kecil jika nak dibanding dengan beratus billion dan trillion wang negara yang digelapkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sepanjang 55 tahun memerintah.
 
Ingatkan itu sahaja cukup.  Apakah berbaloi menolak Anwar dan Pakatan Rakyat kerana penggunaan wang tidak seberapa untuk membayar kos perkhidmatan pesawat ini dan membiarkan pelahap-pelahap harta rakyat terus bermajarajalela dengan kebobrokan masing-masing?
 
Sumber : http://suarapakatanrakyat.com/2012/09/umno-dengki-anwar-naik-jet/
 

1 comment: