Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, September 22, 2012

Syed Ali : Keberanian Ismail Sabri Tangani SUARAM Buka Mata Rakyat @IsmailSabri60 @mediaBera

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membuat laporan polis terhadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai usaha mengalih perhatian rakyat berkaitan isu penerimaan dana daripada sumber asing.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, tindakan Suaram itu jelas membuktikan pertubuhan berkenaan bimbang segala rahsia berhubung bantuan dana asing akan terbongkar dan diketahui rakyat.

"Oleh sebab itu mereka sengaja membuat laporan polis terhadap menteri berkenaan dengan dakwaan menyalahgunakan kuasa, campur tangan dan mempengaruhi siasatan terhadap Suaram," katanya.

Semalam, Koordinator Suaram, R. Thevarajan bersama 10 orang ahlinya membuat laporan polis terhadap Ismail Sabri di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Syed Ali lagi, pendedahan yang dilakukan oleh Ismail Sabri berkaitan sumber kewangan meragukan yang diperolehi Suaram 'membuka mata' rakyat negara ini betapa ada pihak tertentu sanggup bersekongkol dengan pihak asing.

"Selama ini banyak orang tidak tahu daripada mana mereka (Suaram) mendapat dana kewangan dan sejauhmana hubungannya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anawar Ibrahim dan penyangak mata wang, George Soros," ujarnya.

Hari ini jelas beliau, rakyat mula sedar bahawa Suaram yang menjadi talibarut kepada Anwar didakwa mendapat bantuan kewangan daripada pihak tertentu bertujuan meruntuhkan kestabilan negara dan perpaduan rakyat.

"Suaram jelas dijadikan perkakas oleh Anwar bagi mencapai impiannya untuk menjadi Perdana Menteri menerusi gerakan politik kegasanasan," tegasnya.

Oleh sebab itu katanya, UMNO Bahagian Chras sejak daripada awal lagi menyokong penuh keberanian menteri berkenaan mendedahkan segala salah laku Suaram yang disifatkan bertentangan dengan akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Mengenai dakwaan Suaram bahawa Ismail Sabri campur tangan dalam siasatan SSM, Syed Ali menegaskan, menteri berkenaan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan setiap syarikat mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

Lagipun jelas beliau, SSM terletak di bawah kementerian yang diterajui oleh Ismail Sabri dan beliau sememangnya perlu mengetahui setiap perkembangan berhubung siasatan kes tersebut.

"Pada hemat saya, Ismail Sabri berhak mengambil tahu isu berkenaan kerana Suaram ada kaitan dengan Suara Inisiatif Sdn. Bhd dan sumber kewangannya pula jelas meragukan," katanya.

Beliau menyifatkan Ismail Sabri sebagai seorang menteri yang peka dan begitu prihatin terhadap keresahan rakyat berkaitan isu Suaram.

"Saya menyokong penuh usaha Ismail Sabri untuk membongkar sejauhmana pembabitan Suaran dalam agenda politik pembangkang termasuk dakwaan mendapat tajaan daripada pihak asing," katanya.

Apa yang penting kata beliau, kerajaan harus mengawasi mana-mana syarikat atau pertubuhan yang diragui aktiviti mereka kerana bimbang pergerakan mereka boleh membawa kemudaratan kepada keamanman negara.

Dalam isu Suaram jelas beliau lagi, ada laporan menyebut bahawa mereka mendapat pembiayaan daripada dana asing yang dikaitkan dengan Anwar serta Soros.

"Perkembangan ini amat membimbangkan kerana Soros adalah tokoh Yahudi berpengarauh dan Anwar pula sanggup menghalalkan cara demi mencapai cita-cita politik beliau," katanya.

Sumber: www.anwaraidc.com

No comments:

Post a Comment