Pendedahan whoaresuaram.com siapa di belakang SUARAM membuka mata rakyat Malaysia tentang latar belakang kepartian mereka.
Mereka yang selama ini melaungkan diri mereka sebagai sebuah 'badan bukan kerajaan' akhirnya tersingkap wajah sebenar, iaitu bukan sebuah NGO, sebaliknya satu mekanisme parti pembangkang khususnya PKR.
Namun, apabila diterokai lebih dalam lagi, mereka bukan NGO pun, mereka hanya menyamar sebagai 'NGO' walhal mereka adalah sebuah syarikat swasta tanpa keuntungan yang bernama Suara Inisiatif Sdn Bhd.
Cumanya pendedahan whoaresuaram.com masih tertinggal satu nama yang penting di sebalik SUARAM iaitu K Arumugam.
Menurut wikipedia, K. Arumugam sama penting seperti Kua Kia Soong iaitu Pengerusi bersama SUARAM.
Bezanya K. Arumugam kurang diberi perhatian kerana tokoh ini dikatakan 'pintar' dalam proses penyamaran. Dikatakan tokoh ini boleh menjadi aktivis hak asasi, dalam masa sama boleh menjadi peguam, arkitek dan ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Dikatakan K Arumugam merujuk kepada Arumugam Kalimuthu iaitu Pengerusi SUARAM merangkap Pengerusi GCC (Group of Concerned Citizens), Pengerusi CMI (Coalition of Malaysia Indian), Penasihat Tamil Foundation, Ahli Jawatankuasa BERSIH dan Ahli MPSJ.
Sosialis PSM
Lebih menarik lagi K Arumugam merupakan nama 'popular' yang sering dijemput oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dun Semenyih.
Kenapa tokoh ini popular di kalangan anggota-anggota PSM ?
Pendedahan paling menarik yang jarang diketahui umum dibuat oleh whoaresuaram.com adalah Cynthia Gabriel iaitu pernah menjadi Setiausaha Umum PSM.
Dalam masa sama Gabriel atau nama penuhnya Cynthia Manonmani a/p Michael Gabriel adalah Pengarah SUARAM dan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Malah laman itu turut memaparkan dua aktivis PSM yang menjadi orang kuat SUARAM iaitu Dr. Mohd Nasir Hashim, Presiden PSM yang juga ADUN Kota Damansara, Selangor dan S. Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM.
S. Arutchelvan nama penuh kepada Arutchelvam Subramaniams pernah bertanding di DUN Semenyih dalam pilihan raya ke-12, namun tewas dan dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).
Beliau juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa BERSIH.
Perlu disebut juga, seorang lagi tokoh SUARAM yang sering diketengahkan sekarang ini adalah E Nalini.
E Nalini atau nama penuhnya Nalini Elumalai dilantik sebagai Pengarah Eksekutif SUARAM pada Januari 2012.
Menariknya, E Nalini juga berasal dari sarang PSM iaitu pernah aktif dalam JERIT (Jaringan Rakyat Tertindas) salah satu cabang PSM.
Menurut wikipedia, PSM adalah serpihan dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang ditubuhkan pada tahun 1998, setelah sekumpulan ahli sosialis tidak berpuas hati pengguguran perkataan 'sosialis' dalam parti itu.
Sosialis PKR
Manakala PRM pula yang diketuai oleh Dr Syed Husin Ali pada 3 Ogos 2003 telah bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (PKN) pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membentuk parti baru dinamakan PKR (Parti Keadilan Rakyat).
Proses penggabungan ini membolehkan pemimpin-pemimpin PRM menyusup masuk ke dalam PKR dan memegang posisi penting. Antaranya, Dr. Syed Husin Ali (bekas Presiden PRM) memegang Timbalan Presiden PKR; Sivarasa Rasiah (Naib Presiden PRM) menjadi Naib Presiden PKR; Dr. Sanusi Othman (bekas Setiausaha Agung PRM) menjadi Ahli Pimpinan Tertinggi PKR, Faizal Sanusi (bekas Ketua Angkatan Muda PRM) menjadi Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan; Latheefa Koya (bekas AJK Angkatan Muda PRM) menjadi Ketua Penerangan PKR.
Begitu juga dengan Tian Chua, Elizabeth Wong dan Irene Fernandez yang merupakan aktivis-aktivis pro PRM juga turut dilantik memegang jawatan penting dalam PKR.
Menariknya, aktivis-aktivis PRM yang disebut di atas turut didedahkan oleh whoaresuaram.com sebagai tulang belakang SUARAM.
Mereka adalah Dr Syed Husin Ali, Sivarasa Rasiah, Tian Chua, Elizabeth Wong dan Irene Fernandez.
Sama ada sosialis PSM ataupun Sosialis PKR, semuanya akan berpaksi kepada PKR di bawah Ketua Agung parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tentera Revolusi
Tony Cartalucci, wartawan Barat yang berpangkalan di Thailand dapat membuat kesimpunan BERSIH adalah sebahagian daripada perancangan CIA setelah melihat logo gengaman tangan yang sinonim dengan logo PSM.
Dalam pendedahannya bertajuk "CIA Coup Army Uncovered in Asia" wartawan itu menyebut, logo 'genggam tangan' itu merujuk kepada simbol 'Otpor' yakni merujuk kepada sekumpulan 'tentera revolusi' CANVAS yang dilatih di seluruh dunia.
"Walaupun boleh ditafsirkan lambang genggaman tangan PSM itu, lebih relevan kepada kemungkinan wujudnya pertalian dengan kumpulan CANVAS, namun kita tidak dapat menafikan bahawa PSM sebenarnya bergerak untuk menyokong globalist-stooge (puppet global), Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat," katanya.
Tonny Cartalucci merujuk kepada penahanan 6 aktivis PSM yang ditahan sebelum menjelangnya BERSIH 2.0.
Mereka yang ditahan adalah Dr Michael Jeyakumar, Saraswathy Muthu, Sugumaran Munusamy, Choo Chon Kai, Letchumanan Asirvaatham dan Saratbabu Raman.
Semasa 6 anggota PSM itu ditahan, SUARAM merupakan badan yang lantang membela mereka.
Polis mendakwa berdasarkan beberapa barangan yang dirampas daripada aktivis berkenaan menunjukkan mereka mempunyai kaitan dengan fahaman parti Komunis Malaya (PKM).
Mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.
Notakaki - Artikel dipetik dari www.anwaraidc.com

No comments:
Post a Comment