Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, September 30, 2012

[Silap Besar sertai DAP] Jangan tertipu dengan DAP tegas Tunku Aziz

MUKADIMAH

KEMESRAAN jelas terpancar pada air muka TUNKU ABDUL AZIZ IBRAHIM semasa menyambut ketibaan kami pada petang Khamis lalu di kediamannya.

Kehadiran kami pada petang itu juga menamatkan penantian sekian lama iaitu sebelum beliau bertindak keluar DAP lagi, dalam usaha mendapatkan mewawancara eksklusif bersamanya.

Namun sosok tubuh yang dilahirkan pada tahun 1934 di Alor Setar ini nyata bersikap terbuka dalam banyak perkara tetapi apabila melibatkan beberapa pemimpin dalam DAP sikapnya bertukar sinikal.

Pengalaman hidupnya penuh integriti dan karisma. Pernah menjadi penasihat di Bank Negara, Pengarah di Sekretariat Komanwel di London, ahli lembaga di Institut Etika Awam Antarabangsa serta Penal Penasihat Program Pembangunan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Malah beliau pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Setiausaha Agung PBB, Kofi Anan dalam membantu menubuh Pejabat Etika (Office Ethics) di sana.

Namun beliau mengakui akhirnya adalah satu kesilapan besar dalam hidupnya kerana menyertai politik apatah lagi DAP.

Ia adalah satu kesilapan besar saya untuk menyertai politik sebenarnya. Saya bukan seorang ahli politik. Jiwa saya bukan jiwa orang politik.

Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar," katanya kepada wartawan Mingguan Malaysia HAFIZAHRIL HAMID dan KASTHURI JEEVENDRAN.

Selain itu beliau turut mencurah segala isi hatinya tentang DAP sejak awal kemasukannya hinggalah peranannya yang dilihat tidak lebih seperti simbol untuk menunjukkan bahawa orang Melayu yang juga berketurunan raja juga boleh menyertai DAP.

Saya dan Karpal sebenarnya tidak mempunyai sebarang peranan dalam DAP walaupun kami memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Pengerusi DAP," kata beliau sambil merenung jauh memikirkan sesuatu.

MINGGUAN: Bagaimana Tunku boleh terlibat dengan politik terutama dalam DAP sedangkan latar belakang Tunku sangat menarik?

TUNKU AZIZ: Ia adalah satu kesilapan besar saya untuk menyertai politik sebenarnya. Saya bukan seorang ahli politik. Jiwa saya bukan jiwa orang politik. Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar. Pada pendapat saya, sebagai rakyat di negara ini, kita tidak boleh hidup sebagai satu kaum sahaja.

Kita harus hidup dalam berbilang kaum dan belajar menerima setiap kaum yang berbeza dengan seadanya. Integrasi nasional adalah sangat penting. Kita tidak akan sesekali dapat hidup di bawah satu bumbung tanpa bertolak ansur dengan setiap kaum di negara ini. Ketika itu, saya merasakan DAP lebih sesuai dengan jiwa saya. Apatah lagi mereka telah berjanji untuk memberikan saya platform untuk memerangi rasuah.

Itulah kerjaya saya seumur hidup iaitu memerangi rasuah. Tawaran tersebut membuatkan saya menyertai mereka. Tetapi biasalah, mereka cakap lain tapi lain yang mereka buat. Apabila hampir dua bulan saya masuk, saya sudah sedar ini bukan tempat saya iaitu politik mahupun DAP. Saya mengambil keputusan untuk keluar parti pada tahun 2009 selepas dua bulan bersama mereka.

Tetapi tindakan ini tidak disenangi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Beliau telah memujuk saya supaya jangan keluar. Demi seorang sahabat, Kit Siang pada saya merupakan seorang pejuang yang telah berjuang bermati-matian selama berpuluh tahun. Saya kenal Kit Siang sudah berpuluh tahun juga. Saya tidak kembali kepada DAP kerana saya telah dijanjikan sebarang habuan oleh mereka. Saya masuk kembali kerana pujukan seorang kawan lama yang saya hormati.

Jadi tidak timbul isu bahawa Tunku dijanjikan habuan dan sebagainya?

TUNKU AZIZ: Saya tidak pernah minta apa-apa dan mereka juga tidak berjanji apa-apa untuk saya. Saya sendiri sudah berumur, saya tidak mempunyai niat untuk memegang apa-apa jawatan atau kerusi untuk bertanding. Kecuali jika mereka mahu saya bertanding untuk parti, mungkin saya akan lakukan.

Tetapi saya tidak pernah masuk DAP untuk jawatan atau habuan lain. Saya bukan mahu berbangga diri tetapi saya telah berjaya dalam hidup saya sehingga dikenali di seluruh dunia. Itu bukan kerana DAP tetapi kerana penglibatan saya dalam kerjaya saya sepanjang hidup saya terutamanya dalam bidang rasuah dan integriti. Apa yang DAP boleh beri kepada saya? Walaupun saya minta, apa yang mereka ada.

Mereka itu pembangkang. Apa yang mereka boleh beri sebenarnya? Saya hanya masuk ke dalam parti itu kerana rasa tertipu dengan agenda mereka sebagai parti pelbagai kaum. Kononnya mereka itu parti untuk semua.

Kononnya perjuangan mereka itu untuk seluruh rakyat Malaysia. Perjuangan untuk kaum Melayu, untuk kaum Cina dan kaum India. Tetapi itu cuma retorik sahaja. Sehingga ini pun, apa yang telah mereka perjuangkan untuk orang Melayu dan orang India, selain beri RM100 sekali seumur hidup kepada mereka. DAP pun sekiranya mereka bijak, sudah tentu mereka jadikan saya duta dalam hal berkaitan etika.

Agaknya mungkin mereka sendiri tahu jika lantik saya duta dalam hal ehwal etika dan integriti, mereka adalah sasaran kritikan saya yang utama.

Bersambung ......

Sumber: Utusan Online

No comments:

Post a Comment