Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, September 11, 2012

Regim PKR buat UNISEL RUGI RM58 juta, BN & UMNO juga dipersalahkan

 Apabila DS Noh Omar mendedahkan kerugian UNISEL yang mencecah RM58 juta sepanjang tempoh kerajaan REGIM PKR memerintah Selangor, bergegar pejabat Menteri Besar untuk menutup 'jalan keluar' bagi menutup kelemahan teruk pentadbiran mereka. Majoriti rakyat Selangor juga tersentap dengan pendedahan ini kerana selama ini mereka yakin dengan ketokohan korporat Menteri Besar dengan bantuan Penasihat RM Seringgit Anwar Ibrahim.

 

Malangnya, jalan keluar yang dicari tetap menggunakan skrip lama dan sudah basi. "INI SEMUA SALAH UMNO & BN" dan yang melucukan ialah tukang jawabnya bukan dari pejabat Menteri Besar tetapi keldai AMK Selangor. Keldai PKR ini mendakwa bahawa HUTANG UNISEL KETIKA BN memerintah Selangor sebanyak RM15 juta tetapi tanpa keldai PKR ini sedari begitu hebat sekali kerajaan REGIM PKR Selangor meningkat hutang sebanyak RM58 juta hanya dalam masa 3 tahun. Mungkin dalam tempoh 3-4 tahun lagi, mahu bangkrap UNISEL dikerjakan mereka.

 

Tidak perlu kita ulas panjang isu ini kerana bukti sudah jelas bahawa pentadbiran kerajaan REGIM PKR Selangor terbukti lemah dan telah gagal mengurus. Pembohongan demi pembohongan dilakukan. Apakah rakyat Selangor wajar terus memberi peluang kepada mereka?

 

Ini belum lagi kisah kerajaan REGIM PKR Selangor yang didakwa membeli 50 lori 'Out of dated' lori sampah 'Made in China' selari dengan selera Chinadoll pemimpin utama dan tuntutan rakyat Selangor yang masih GAGAL mendapat bekalan air percuma seperti yang dijanjikan.

 

Peluang telah diberi dan mereka telah GAGAL. Jangan perjudikan nasib rakyat Selangor. Pentadbiran kerajaan negeri lebih baik dibawah Barisan Nasional kerana sokongan kuat dari Kerajaan Persekutuan. Ianya telah terbukti kerana Selangor mencapai taraf Negeri Maju atas usaha pemimpin Barisan Nasional terutamanya dari UMNO.

 

Cegah sebelum parah! Anda mampu mengubahnya. Sayangi Selangor, Yakini BN !

 

 

Kewangan Unisel Catat Kerugian - Sinar harian

 

Tanjong Karang - Laporan kewangan Universiti Selangor (Unisel) mencatatkan kerugian sejak 2008, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar semalam, selepas Kerajaan Negeri masih mendiamkan diri.

 

Beliau berkata, pihaknya mempunyai bukti laporan audit kewangan Unisel yang sudah ditandatangani Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 27 Ogos 2011 lalu mencatatkan kerugian selepas cukai berjumlah kira-kira RM 54.8 juta sejak Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor.

 

"Disebabkan Abdul Khalid masih berdiam diri berhubung isu kewangan Unisel, saya tampil membuat pendedahan berdasarkan pada salinan laporan audit bagi 2009-2010 menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak RM 1.63 juta pada 2008, RM 13.55 juta (2009) dan 39.68 juta pada 2010.

 

"Universiti ditadbir Kerajaan Negeri Selangor itu mencatatkan jumlah pendapatan RM 90.40 juta pada 2008, RM 93.51 juta (2009) dan jumlah itu menurun kepada RM 75.48 juta bagi 2010.

 

"Bagi 2008, jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM 93.97 juta dan jumlah itu meningkat kepada RM 106.13 juta pada 2009 dan RM 113.11 pada 2010.

 

"Mana hebatnya Menteri Besar yang dikatakan Tokoh korporat itu menyelesaikan krisis kerugian Unisel ini? Macam mana ekonomi negeri mahu ditingkatkan sedangkan ekonomi Unisel sendiri merudum," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Datuk Hormat disini semalam.

 

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias dan Adun Permatang, Sulaiman Abdul Razak.

 

Mengulas lanjut, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kegagalan Abdul Khalid menunaikan janjinya untuk mendedahkan laporan audit sebelum berakhir Ogos lalu menunjukkan sikap yang tidak boleh menepati janji.

 

"Apabila saya timbulkan isu kewangan Unisel dalam keadaan nazak dalam Sinar Harian Julai lalu, masa itu Menteri Besar begitu ego dan sombong sehingga meminta saya belajar akaun dengan dia.

 

"Sekarang sudah selesai Ogos, saya mahu tanya Menteri Besar adakah audit Unisel masih belum selesai? Sebenarnya audit itu sudah lama selesai," katanya yang turut meminta agar Menteri Besar dan PKR itu berhenti daripada terus menipu rakyat negeri itu.

 

Noh turut meminta menteri besar jangan cuba menyembunyikan fakta isu kewangan Unisel dan mencabar Abdul Khalid tampil dan menjawab dakwaan ini.

 

 

AMK Jawab Kenyataan Noh Unisel Rugi

 

ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) Selangor melihat tindakan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengkritik kerugian yang dikatakan dialami oleh Universiti Selangor (Unisel) adalah sama seperti mendedahkan kelemahan pentadbiran lama BN di Selangor sebelum 2008.

 

"Ini adalah kerana kerajaan Selangor sedang dalam proses mengambilalih hutang yang ditanggung sebanyak RM15 juta bagi membebaskan beban kewangan universiti tersebut," kata Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri.

 

"Sebabnya masalah ini berlaku bila masa pembinaan Unisel, kerajaan negeri terdahulu (Umno-BN) tidak memasukkan dana untuk menyelesaikan hutang tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

 

Katanya, sebagai menteri dan timbalan pengerusi Umno Selangor, Noh perlu tahu bahawa Unisel tidak memiliki modal yang cukup serta tidak berupaya membayar hutang tersebut.

 

"Ini adalah kerana salah satu daripada masalah Unisel ialah modalnya tidak cukup untuk membiayai kos seperti pembinaan kampus berjumlah RM 600 juta dan asrama RM 200 juta," tegas Azmizan.

 

Menurutnya, AMK Selangor berpendapat Noh sepatutnya berani memdedahkan rekod Unisel yang membuat perjanjian dengan Jana Niaga selama 30 tahun yang ditandatangani antara 2003 dan 2004 iaitu semasa zaman pemerintahan BN sehingga mengakibatkan Unisel berhutang RM 15 juta dengan JNSB.

 

"AMK Selangor percaya Noh sendiri tahu kerajaan negeri semasa ditadbir BN telah meluluskan keseluruhan bangunan Universiti Selangor (Unisel) tanpa memperolehi sijil layak menduduki (CF)," katanya.

 

Azmizan mendakwa, Tan Sri Khalid Ibrahim cuba dijadikan mangsa akibat daripada amalan kronisma Umno dan Unisel sedang dalam penstukturan semula dan rakyat Selangor meyakini keupayaan menteri besar untuk menjadikan Unisel lebih berdaya saing.

 

Justeru, tegasnya, pendedahan Noh adalah umpama percubaan nakal untuk menganggu kelancaran pentadbiran kerajaan negeri Selangor, sedangkan beliau tahu semua kerugian ini dilakukan semasa pentadbiran dahulu.

 

Malah, katanya, kerajaan Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang keuntungan dengan mengambil keputusan untuk tidak memperdagangkan pendidikan sepertimana yang didakwanya dilakukan oleh Umno.'

 

Semalam Noh mendedahkan laporan audit kewangan Unisel yang menunjukkan universiti itu mengalami kerugian selepas cukai kira-kira RM54.8 juta bagi tempoh tiga tahun sejak memerintah Selangor pada 2008.

 

Menurutnya, berdasarkan salinan Laporan Audit Unisel bagi 2009-2010, universiti yang ditadbir Kerajaan Negeri Selangor itu menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak RM1.63 juta pada 2008, RM 13.55 juta (2009) dan RM39.68 juta pada 2010.

 

Noh berkata laporan audit 2009 dan 2010 itu ditandatangani sendiri Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ogos 2011.

No comments:

Post a Comment