"Kalau boleh, mereka tidak mahu ada pilihan raya di negeri Selangor. Saya berkata demikian kerana sebab-sebab yang diberi mereka tidak konsisten misalnya tahun lepas, Menteri Besarnya Khalid Ibrahim buat kenyataan kalau pilihan raya umum akan diadakan dalam bulan Jun (2012), beliau kata Selangor tidak akan turut serta dan sampai ke hari ini, September tidak ada pilihan raya.
"Perangai pembangkang ini, mereka hanya suka membuat persepsi negatif tentang apa sahaja yang kerajaan nak buat. Sekarang ini, mereka kata pula mereka tidak akan menyertai pilihan raya serentak. Saya nak tanya ketua pembangkang, Anwar Ibrahim ini, dia tahu ke bila pilihan raya umum?," ujarnya mengulas kenyataan Anwar Ibrahim semalam bahawa pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada Pilihan Raya Umum (PRU).
Tambahnya, andainya PRU-13 diadakan sehingga cukup tempoh, adakah ketika itu Selangor berdegil tidak mahu membubarkan Dewan (DUN Selangor) dan ketika itu, masalah pengundi yang mereka uar-uarkan ini belum selesai, adakah mereka tak mahu Parlimen dibubarkan?
"Dia pula yang lebih tahu dari Perdana Menteri bila tarikh PRU. Kita pun tak tahu bila sedangkan seolah-olah macam kita ini nak buat pilihan raya umum esok sahaja.
"Sebab tu saya kata, PKR Selangor ini, kalau boleh dia tak mahu mengadakan pilihan raya. Mereka tak mahu balik kepada demokrasi apatah lagi dia dah berkuasa sekali jadi dia takut untuk menghadapi rakyat kerana dia tahu rakyat sudah tidak lagi memberikan sokongan kepada mereka. Agaknya kalau Perlembagaan boleh tangguh lagi lima tahun maka lagi lima tahunlah dia akan buat.
"Sekarang ini dia kata senarai pengundi tak bersih jadi saya nak cabar kerajaan negeri Selangor, jangan tengok yang telah daftar. Tolong isytiharkan, ambil senarai di SPR dan lihat berapa ramai rakyat Selangor yang layak mengundi tetapi belum lagi mendaftar sebagai pemilih. Dekat-dekat 600 ribu kalau tak silap," ujarnya lagi.
Noh turut mempersoalkan, mengapa mereka yang berjumlah 600 ribu ini tidak diperjuangkan?
"Sepatutnya kerajaan negeri perlu mengeluarkan bajet, dia kena kempen habis-habis untuk menegakkan demokrasi di mana rakyat harus diberi peluang untuk mengundi, ini yang patut mereka fikirkan bagi individu yang layak mengundi.
"Saya dengar kerajaan negeri ada peruntukan khas untuk semak semula yang sudah berdaftar tapi ini betul atau tidak betul. Apa kerja kerajaan negeri sebenarnya?
"Bercakap soal demokrasi, sepatutnya dia (Pakatan)kena berterima kasih kepada usaha-usaha yang dibuat oleh rakyat, kempen yang dibuat oleh SPR, nak mengalakkan rakyat lebih ramai yang mengundi, tetapi hari ini kerja dia cuma nak semak betul atau tidak pendaftaran tersebut.
"Ini menunjukkan mereka dah mula takut. Dia sengaja nak cari alasan, ini cara pihak pembangkang yang cuba timbulkan isu dan akan jadi penyebab untuk mereka memberontak atau untuk mereka protes keputusan pilihan raya. Jika mereka kalah dalam pilihan raya, mesti mereka akan kata ini pengundi hantu. Mana ada istilah pengundi hantu ini.
"Sebab itu, pembangkang dah create suasana untuk mencari sebab. Mereka tahu mereka akan kalah, jadi jika mereka kalah, mereka tidak akan mengakui kelemahan mereka sebaliknya tuduh kita main kotor," tambahnya.
Beliau turut yakin bahawa demonstrasi jalanan atas nama Bersih akan diteruskan kerana pakatan pembangkang percaya budaya keganasan malah melalui budaya reformasi, dengan demostrasi inilah dijadikan alat bagi menarik minat rakyat sebagaimana yang mereka buat sebelum ini.
"Jangan buat macam-macam persepsi sebagaimana pilihan raya yang menunjukkan bahawa mereka sudah tidak berani untuk menyerahkan kuasa kepada rakyat. Itu sahaja tujuannya, dan kalau boleh tidak ada piliha nraya, mereka lebih suka. Itu yang selalu mereka buat kecoh," tambahnya lagi. – MediaUMNO
No comments:
Post a Comment