Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, September 26, 2012

Pilihan Raya Kampus: Pro-Aspirasi ( #Aspirasi Mahasiswa ) Menang Besar #PRkampus

Kumpulan pro-establishment, Aspirasi Mahasiswa telah menang besar dalam pilihan raya kampus di tujuh daripada 15 buah universiti awam pada Selasa.

 

Universiti-universiti berkenaan ialah Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Utara Malaysia (UUM); Universiti Malaysia Sarawak (Unimas); Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI); Universiti Malaysia Pahang (UMP); Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

 

Sementara di Universiti Malaya (UM), Aspirasi Mahasiswa yang juga dikenali dengan nama Pro-Aspirasi telah memberi tentangan yang sengit kepada pencabar mereka iaitu Pro Mahasiswa atau Pro-M.

 

Aspirasi memperolehi 21 kerusi manakala Pro-M pula 20 kerusi. Dua buah kerusi lagi di UM terpaksa menjalani proses undian semula esok (Rabu) kerana keputusan adalah seri.

 

UM memang dikenali sebagai kubu kuat Pro-M sebelum ini.

 

Di UPM, Pro-Aspirasi telah memenangi 39 daripada 47 kerusi yang dipertandingkan, di UUM 34 kerusi daripada 36; di Unimas kesemua 12 kerusi; di UPSI 25 daripada 29 kerusi; di UMP 22 daripada 24 kerusi; di UMT 18 daripada 20 kerusi dan di UPNM pula mereka menang kesemua 14 kerusi.

 

Sehingga berita ini ditulis pada jam 8.45 malam, lain-lain keputusan di tujuh buah universiti lagi iaitu Universiti Sains Malaysia (USM); Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); Universiti Malaysia Sabah(UMS); Universiti Malaysia Kelantan (UMK); Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) masih belum diketahui.

 

Sementara itu di UIAM, laporan terbaru yang diterima mengatakan kiraan undi di kesemua 31 kerusi yang dipertandingkan tidak dapat dilakukan kerana kerosakan kepada sistem undian elektronik yang baru diperkenalkan tahun ini.

 

Oleh yang demikian undian akan dijalankan semula esok.

 

Khamis lalu, dalam pemilihan di lima buah universiti, Aspirasi Mahasiswa turut mencatat kemenangan besar menewaskan Pro-M. Lima universiti itu ialah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Aspirasi Mahasiswa menang kesemua kerusi di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24).

 

Sementara di UTHM, Aspirasi Mahasiswa telah memenangi 25 daripada 27 buah kerusi yang dipertandingkan.

 

Sumber : mstar Online

2 comments:

  1. Aku tak paham kenapa perlu ada pilihanraya kampus?
    Aku paham apa tujuannya,,tapi masa zaman aku dulu tahun 90an x ada la sampai kecoh gila babeng macam ni..

    To me this is all bullshit politiking by pembangkang..yang jadi mangsa student yg terpaksa jadi langau hijau..

    Aku ada member la..spm 9A beb..best student dlm sekolah dan top 10 dlm negeri..first year 4 flat bang..masuk second year hancussss sebab berkawan dgn langau hijau..

    Sekarang aku jadi engineer kat syarikat minyak, dia sepatut jadi doktpr tapi jadi salesman je..sekarang dia dok salahkan kerajaan sebab dia jadi mcm ni..

    Nasik dah jadi bubur..kauorang pk pk lah..buat apa nak politik 24jam..masa mengundi jela nak kempen ke apa..kalau dah x pass belajar mana kauorg nak pergi?

    Nak merempat nak harap negara berkebajikan?

    Hahahahahahahahahahahahahaha...

    ReplyDelete
  2. tujuan utama pilihanraya kampus adalah utk memilih wakil pelajar yg bertindak menjalankan t/jwb terhadap keperluan keseluruhan pelajar di universiti tertentu. ia sepatutnya tidak ada hubungan langsung atau tidak langsung dgn mana2 parti politik di negara ini, baik parti pemerintah @ parti pembangkang. bagaimanapun oleh kerana kecenderungan parti terutamanya pembangkang mengambil kesempatan ke atas pelajar, kesempatan diambil dgn mempergunakan mereka sbb pembangkang tahu bahawa pelajar pastinya berjiwa muda, berdarah panas, selalu bertindak ekstrim serta mudah memberontak. aset paling berguna membantu mereka menghuruharakan negara dan merampas putrajaya kalau pr tak menang pru13. ada sapa tak setuju ckp aku? anwarpun setuju sbb anwar begitu masa jd mahasiswa dulu...

    ReplyDelete