Minda Hijrah Headline Animator

Friday, September 28, 2012

Nik Aziz lelong tongkat jana dana PRU13 - keh! Keh! Keh!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini secara sukarelanya melelong tongkat yang digunakan sejak sekian lama untuk untuk menaja dana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengumuman berkenaan dibuat kira-kira pagi tadi selepas beliau menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini.
 
Sejurus itu Nik Aziz menyerahkan tongkat kesayangan tersebut kepada seorang wakil untuk menyempurnakan hasrat murninya itu.
 
Nik Aziz berkata, sebelum ini wakil Pas Pusat memaklumkan kepadanya mahu mengumpul dana bagi tabung menjelang PRU13 dan meminta beliau melelong barangan tertentu.
 
"Bagi tujuan itu hari ini saya mengisytiharkan akan melelong tongkat saya ini untuk membantu mengumpulkan dana bagi pilihan raya umum nanti," katanya hari ini.
 
Ribuan orang mengikuti kuliah tersebut berdiri sebagai sokongan terhadap tindakan Nik Aziz yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan.

Sumber: Sinar Harian

3 comments:

  1. ... Eh eh nak lelong tongkat pulak?. Nanti macam mana nak berjalan lurus tanpa menggunakan tongkat?. Atau pun tongkat itu digunakan selama ini hanya untuk berlagak sahaja ke?. Kelakar sungguh orang tua nie.

    Kemana perginya wang pungutan atau derma dari orang ramai yang dikutip di setiap kali ada ceramah diceruk ceruk kampong selama ini?.

    Seelok eloknya lelonglah sekali rumahnya ke, keretanya ke serta peralatan dipejabatnya ke dan terus berhenti menjadi ahli politik supaya dapat menumpukan sepenuh masa dibidang keagamaan agar dapat menyatu-padukan orang orang Melayu dan Islam yang telah berpecah belah hasil dari permainan politik yang bertopengkan ugama yang telah dilakukan oleh si Mursyidul Am PAS yang saekor nie...

    ReplyDelete
  2. Makin bodoh dia ni.. tak malu ke? Ini ke tahap pemikiran seorang pemimpin? Sekadar melepaskan batuk di tangga. Tapi aku percaya ramai pengikutnya akan sibuk nak beli tongkat tu.. Somehow, aku kagum jugak ngn PAS. tak perlu kebijaksanaan dalam kepimpinan, tak perlu menaikkan taraf hidup rakyat sendiri, tak perlu settlekan masalah2 rakyat cth masalah air etc, tak perlu buat apa2, cuma hanya salahkan kerajaan atau kakitangan yang tak bekerja, tapi masih di gilai dan dipuji dan diundi sebagai pemimpin tertinggi. hanya perlu tunjuk betapa alimnya dia sudah la.. Ini bukan ciri2 pemimpin yang Rasullallah akan pilih. Kerana Rasullaah akan memilih pemimpin yang bijaksana, yang dapat meningkat kan kehidupan dan menjamin kebajikan rakyat serta menjaga rakyat dari musuh, bukannya hanya melepaskan tanguung jawab kepada orang lain.

    ReplyDelete
  3. Tongkat Pok Nik ni.. Kalau dipukul ke sungai Kelantan,kompom air sungai jadi jernih dan sesuai utk diminumm..

    ReplyDelete