Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, September 4, 2012

Insiden Tayang Jubo & Pijak Gambar @NajibRazak : Budak Hingusan 19 Tahun

Rupa-rupanya budak hingusan yang kerajaan masih tanggung untuk belajar ditahan untuk bantu siasatan berkaitan perbuatan biaDAP menjelang hari Merdeka. Jika ada bukti, kita harap pihak Polis jangan beri belas kasihan lagi. Kasi dakwa di mahkamah demi rakyat Malaysia.
 
Apa yang hampir pasti, sudah tentu peguam-peguam dari pakatan pembangkang akan membantu kes ini. Ini sekaligus membuktikan apa yang berlaku sememangnya telah dirancang.

Insiden 30 Ogos: Pelajar kolej 19 tahun ditahan
 
Polis menahan seorang pelajar kolej berusia 19 tahun berhubung insiden memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Perhimpunan Janji Demokrasi di kawasan Dataran Merdeka, Khamis lalu.

 
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pelajar itu ditahan pihaknya kira-kira jam 12 tengah hari di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetic, Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur.
 
Beliau berkata, pelajar itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
 
Menurutnya, dua pelajar lelaki di kolej yang sama turut diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes. - Sinar Harian

2 comments:

  1. PAUTKAN BLOG HAMBA DISINI,
    http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Ok bro. Nanti saya pautkan link blog :)

    ReplyDelete