Seorang usahawan, Datuk Mohd Taufik Omar muncul membuat pengakuan bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan jet peribadi yang digunakan oleh Ketua Pembangkang dan beberapa lagi ahli parlimen dari Pakatan Rakyat untuk penerbangan ke Labuan, Sabah dan Sarawak baru-baru ini.
Mohd Taufik adalah pengerusi Tjets Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan urusan penyewaan jet-jet peribadi di sini.
"Syarikat saya hanyalah mengurus penyewaan jet peribadi," katanya ketika dihubungi oleh akhbar The Star.
Beliau menjelaskan yang dirinya bukanlah pemilik jet berkenaan.
Usahawan itu yang memiliki beberapa buah syarikat lagi juga enggan mendedahkan berapakah yang dibayar untuk menyewa jet tersebut.
Mohd Taufik telah ditanya mengenai perkara itu setelah bloger John F. Seademon mendedahkan namanya sebagai orang yang bertanggungjawab meminjamkan jet peribadi berkenaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin pembangkang berkenaan.
Isu mengenai para pemimpin parti pembangkang menggunakan jet peribadi untuk berkempen di Labuan, Sabah dan Sarawak pertama kali muncul apabila Naib Presiden PKR, Tian Chua menayangkan foto menerusi laman sosial Twitter pada 15 September lalu.
Ekoran daripada itu, ia menjadi bualan hangat di laman sosial bloger.
Semalam di bangunan Parlimen, Anwar telah mempersoalkan apa salahnya beliau dan rakan-rakannya yang lain dalam PR menggunakan jet peribadi jika ia tidak melibatkan wang rakyat.
Jet tersebut menurut Anwar adalah ehsan daripada seorang usahawan yang dikenalinya.
Sementara itu rekod menunjukkan Mohd Taufik adalah juga presiden Persatuan Judo
Sumber : mStar Online
Dia nk naik jet atau kapalselam ke janji jangan rembat duit rakyat...aku lebih risu duit NFC yg kak sharizat kita rembat..ha...ha..ha..
ReplyDeleteEntah ler korang ni, lantak pembangkanglah nak naik apa pun....pemimpin kita dok songlap sana sini buat2 tak nampak
ReplyDelete