Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, September 4, 2012

AWAS !!! Polis Mula Buru Peserta-peserta Biadab Janji Demokrasi

 
Menurut PDRM, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar juga memandang serius tindakan melampau dalam perhimpunan pada malam ambang kemerdekaan yang berlangsung Khamis lalu di Dataran Merdeka di sini.
 
"Perkara ini adalah bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi," kata PDRM melalui kenyataan hari ini.
 
Tambah kenyataan itu, sesiapa yang terlibat dalam cubaan menukar bendera dan memijak gambar pemimpin agar segera tampil menyerah diri serta membuat pengakuan.
Selain itu, para saksi kejadian juga disaran tampil membantu siasatan polis.
 
Bagi orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, boleh menghubungi Pusat Media PDRM di talian 03-2266 8320/8321 atau menulis ke pusatmediapdrm@rmp.gov.my.
 
Dalam kejadian pada malam perhimpunan haram itu, sebahagian peserta telah bertindak membawa bendera Sang Saka Malaya bagi menyampaikan mesej ia perlu mengantikan Jalur Gemilang.
 
Selain itu, beberapa risalah yang menuntut perubahan itu juga diedarkan.
 
Ada sebahagian peserta lain dipercayai penyokong parti DAP pula bertindak memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri.
 
Malah ada seorang peserta lelaki yang bersikap keterlaluan dengan membuat gaya membuang air besar ke atas gambar-gambar berkenaan.
 
Tindakan mahu mengubah bendera dan menghina pemimpin itu bagaimanapun mendapat kutukan dan bantahan banyak pihak di negara ini termasuk di kalangan anggota masyarakat yang masih muda.
 
Semalam, Kementerian Dalam Negeri menyatakan ia akan meminta polis dan Jabatan Peguam Negara memulakan siasatan ke atas kejadian berkenaan.
—o—
Berikut Kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
 
Semasa perhimpunan janji bersih yang diadakan pada malam 30 Ogos 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur telah berlaku beberapa insiden seperti berikut : -
1.Beberapa individu yang mempamerkan bendera baru untuk mengantikan bendera Malaysia (jalur gemilang ) ;
2.Beberapa individu yang bertindak memijak gambar pemimpin negara ; dan
3.Seorang individu yang menunjukkan punggung atas gambar pemimpin negara ;
 
Sehubungan dengan ini, satu laporan polis telah diterima, iaitu tun H.S.Lee repot 29960/12, pada 01 Sept. 2012.
Siasatan sedang dijalankan di bawah seksyen berikut : -
 
•Tindakan mempamerkan bendera baru untuk mengantikan bendera Malaysia (jalur gemilang) disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948. Perbuatan ini boleh mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia ;
•Tindakan memijak gambar pemimpin negara disiasat di bawah Seksyen 290 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan ;
•Tindakan menunjukkan punggung di khalayak ramai disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Pihak polis memandang serius perbuatan–perbuatan ini yang mengugat kestabilan negara. Berikutan dengan itu, pihak polis mohon individu –individu yang terbabit untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.
Kegagalan berbuat demikian, pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengesan individu – individu terbabit mengikut lunas undang-undang.
 
Sebelum itu, pada 29 Ogos 2012, laporan polis telah dibuat bersabit dengan kegagalan penganjur perhimpunan janji bersih untuk mengemukakan pemberitahuan (notis) kepada Ketua Polis Daerah dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu sekurang–kurangnya sepuluh hari sebelum perhimpunan diadakan.
 
Laporan polis Tun H.S.Lee rpt 29607/12 dan Tun H.S.Lee rpt 29608/12 berkaitan. Kes–kes disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
 
Pihak polis juga sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian menyimbah cat dan memecah cermin hadapan bas jelajah merdeka rakyat milik sebuah parti pembangkang di Kota Bharu pada pagi 01 Sept 2012. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
 
Setakat ini, rakaman percakapan telah diambil daripada seramai lima (5) orang saksi terdiri dari pemandu, kelindan dan tiga (3) saksi lain.
 
Tiada sebarang kecederaan berlaku. Pihak polis masih meneruskan siasatan bagi mengesan individu terbabit. Sehingga kini, belum ada sebarang tangkapan dibuat.
 


 
Amoi bertato ala-ala pelacur dan teman lelakinya dengan gaya ala-ala gay di bawah adalah antara yang terbabit dalam perbuatan memijak gambar pemimpin negara. 
 

 
Antara penyokong DAP lain yang memijak gambar pemimpin negara.
 

 
Ini yang paling biadab dan bodoh
 

No comments:

Post a Comment