Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, August 2, 2012

Yuran Guaman Rafizi Ramli, Dana Rakyat Selangor utk Kroni PKR

PENULIS sedikit kesal dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri akan menyediakan dana khas untuk menampung yuran guaman Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad dalam kes melanggar BAFIA yang dihadapi mereka semalam.

 

Ini adalah kali kedua wang rakyat Selangor digunakan untuk menampung kos guaman bagi kes-kes individu seumpama ini.  Yang pertama melibatkan ADUN Seri Muda, YB Shuhaimi Shafei kerana menghina Sultan Selangor.

 

Tapi penulis masih boleh menerima penjelasan kerajaan negeri ketika itu bahawa Shuhaimi adalah penyokong kerajaan negeri di DUN Selangor dan maka itu layak diberikan dana khas untuk menampung kos guamannya.

 

Sedangkan dalam kes Rafizi, beliau bukan anggota pentadbiran mana-mana badan berkaitan kerajaan negeri setelah beliau telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bulan lepas.

 

Apatah lagi Johari, lagi tidak ada kena mengena.

 

Penulis bimbang, rakyat akan mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri menampung kos guaman kedua individu terbabit dengan menggunakan wang rakyat.  Kes ini adalah kes peribadi yang diakibatkan oleh kecuaian mereka sendiri mendedahkan maklumat perbankan syarikat NFC tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya.

 

Pertikaiannya disitu, dana negeri sepatutnya dibelanjakan mengikut keperluan negeri dan rakyat, bukan keperluan peribadi.  Apatah lagi bila peguam yang dilantik juga terdiri daripada pemimpin PKR sendiri iaitu N Surendran!!

 

Tidakkah ini secara jelas menunjukkan kerajaan negeri sebagai pengamal kronisme yang tegar?  Kalau nak buat sangat pun, tidak adakah pendekatan yang lebih 'selamat', kenapa mesti nak menunjuk secara terang terangan?

 

Penulis boleh faham, isu yang menyebabkan kepada pendakwaan Rafizi semalam adalah berkaitan dengan 'penyelewengan' wang rakyat.  Tapi itu bukanlah alasan kenapa wang rakyat negeri Selangor perlu 'diselewengkan' untuk membiayai yuran guamannya.

 

Kalau diadakan kutipan derma umpamanya, penulis yakin lebih ramai rakyat di seluruh negara akan menyumbang kepada tabung yang dilancarkan itu kerana isu ini isu nasional.  Hasil sumbangan ini kemudiannya boleh digunakan untuk menampung yuran guaman Rafizi dan Johari.

 

Kenapa tidak?  PAS sudah membuktikannya di Kelantan apabila sumbangan dari rakyat negeri tersebut membolehkan kerajaan negeri membina projek lebuhraya yang bernilai RM 1.8 billion.  Penulis yakin, yuran guaman Rafizi tidak sebanyak itupun.

 

Pendekatan itu sebenarnya adalah lebih baik, bukan guna dana rakyat Selangor.

 

Atau Rafizi takut tabung itu gagal mendapat sambutan rakyat kalau dilancarkan, maka itu beliau meminta bantuan kerajaan Selangor?

2 comments:

  1. Mcm mana Kalau saya sbg anak Selangor tidak bersetuju dgn tindakan menteri besar Selangor itu??

    ReplyDelete
  2. Haram duit rakyat Selangor disalahgunakan :)

    ReplyDelete