Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, August 29, 2012

ULASAN rockyKCD - Haron Din: 'Tun Mahathir harus bertaubat'

1.  Secara tiba-tiba Timbalan Mursyidul Am PAS bersuara setelah sekian lama menjadi 'Syaitan Bisu' ketika majoriti pemimpin PAS terutama bossnya Nik Aziz & Mat Sabu terus melakukan kemungkaran di muka bumi Allah ini.
 
2. Gesaan Haron Din supaya Tun Mahathir bertaubat adalah perkara yang baik. Sudah tentu pada usia 87 tahun ini, setiap nafas yang disedut oleh Tun Mahathir sangat berharga dan saya amat percaya ayahanda Tun Mahathir SETIAP MASA bertaubat & memohon kemaafan kepada Allah kerana ianya amat berharga sebagai bekalan sebelum bertemu Maha Pencipta di Akhirat kelak.
 
3. Haron Din digesa supaya mendalami ilmu bahasa Inggeris bagi menampung KEJAHILAN diri dalam membuat tafsiran dengan ayat-ayat yang digunakan. Begitu JAHIL Haron Din membuat 'direct translation' dari perkataan DEVIL dan ANGEL dari ungkapan yang dinyatakan oleh Tun Mahathir. Saya tidak mahu mengulas panjang cuma menggesa Haron Din merujuk kepada ulama' bahasa Inggeris.
 
4. Saya tertarik dengan komen Haron Din seperti dibawah. Apakah Haron Din sudah lupa bahawa bossnya Mursyidul AM PAS Nik Aziz sendiri yang sanggup BERKAWAN DENGAN SYAITAN? Apa kah Haron Din ketika itu menjadi 'Syaitan bisu' dan kecut telor untuk membetulkan kenyataan songsang Nik Aziz yang boleh membawa kepada SYIRIK ?
 
"Katanya, kenyataan Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk ALLAH yang paling kejam dan derhaka."
 
5. Kesimpulan, rakyat bukan bodoh untuk terus mengikut telunjuk 100% para ulama' seperti lembu dicucuk hidung. Sebab itu manusia diwajibkan berilmu. Kita tidak menentang ulama' tetapi menentang ulama' yang boleh menyesatkan manusia demi kepentingan politik dan menjadi Syaitan Bisu apabila terkene batang hidung sendiri.
 
6. Seperti biasa, apa yang dilakukan oleh UMNO sudah tentu TIDAK BOLEH & HARAM mengikut ajaran ulama' PAS termasuk mengkafirkan UMNO tetapi apa sahaja yang dilakukan oleh PAS adalah HALAL kerana kepentingan politik.
 
7. "HARAM untuk UMNO tapi HALAL untuk PAS"
 
Haron Din: 'Tun Mahathir harus bertaubat'
 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad harus bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan akidah dirinya dan umat yang percaya kepada kata-katanya.
 
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, tulisan Dr Mahathir dalam blognya berbunyi Better the devil you know than the angel you don't yang membawa maksud  lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali' adalah pegangan yang silap.
 
Menurutnya, tiada istilah atau ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan malaikat lebih buruk berbanding dengan syaitan.
"Malaikat adalah makhluk yang tidak pernah derhaka kepada ALLAH dan melakukan apa sahaja yang diperintahkan. Kenyataan (Dr Mahathir) itu seolah-olah ada malaikat yang lebih teruk daripada syaitan.
 
"Oleh itu, umat Islam tidak boleh mengambil pepatah Inggeris itu kerana ia boleh merosakkan akidah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Katanya, kenyataan Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk ALLAH yang paling kejam dan derhaka.
 
Selain itu, sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dalam tempoh yang lama, adalah tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.
 
"Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah ALLAH," katanya.
 
Pada 22 Ogos lalu, dalam entri blog Dr Mahathir di chedet.cc/blog/ bertajuk 'Change' atau 'berubah' ada menyebut 'lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali' yang menggesa pembaca supaya tidak menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim, yang disifatkannya sama dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
 
Pada sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya baru-baru ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata, syaitan yang dimaksudkannya dalam blog itu merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

3 comments:

  1. Kelakar bro Setan Bisu... menyuroh setan(yg selama nie dikafirkan ) untuk bertaubat...sesedap dia mengkafirkan orang bila terkena , pandai lak mengelak..macam mimipi P.Ramlee dalam adegan Seniman bujang lapok lah to'Harun nie.Kata dulang paku serpih je beb..PAS Pis mamPUS

    ReplyDelete
  2. Bagaimana dengan Aljub setan bisu?

    ReplyDelete
  3. kenapa la tak nak belajar bahasa ingeris ni.tak faham ke perumpamaan tu.itu perumpamaan yang ingeris guna menggambarkan org.Saya tak lawan ulamak tapi tolong la belajar bahasa asing sama.

    ReplyDelete