Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, August 8, 2012

Tema Merdeka : 4 Negeri Pembangkang 4 Tema, Cakap Anwar Ibrahim dah tak laku

Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan negeri Pulau Pinang akan menggunakan tema 'Budaya Bersih, Merdekakan Rakyat' sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

 

Kenyataan Guan Eng itu menafikan dakwaan Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali Mustafa yang berkata, Pulau Pinang dan Selangor berkongsi tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'

 

Mustafa juga turut memaklumkan Kelantan dan Terengganu juga memilih tema sendiri 'Terus Berbakti' dan 'Menerajui Perubahan' yang berbeza dengan tema rasmi diputuskan Pakatan Rakyat (PR).

 

Bermakna hanya Selangor satu-satunya negeri yang akan mengguna tema rasmi Pakatan itu.

 

Pada 2 Ogos, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua Pakatan mengumumkan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagai tema rasmi Pakatan bagi menggantikan 'Janji Ditepati', tema rasmi kerajaan persekutuan.

 

Tema pakatan itu dipilih oleh jawatankuasa pemilihan tema yang dipengerusikan oleh Datuk A Samad Said.

 

Menurut A Samad yang juga pengerusi bersama BERSIH, 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' merupakan tema yang paling sesuai dan merupakan denyut nadi rakyat.

3 comments:

  1. Menunjukkan tiada kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  2. Secina, sekomunis, se dap, kami pijak melayu... kita cina sokong PR sebab DAP kuat maa... melayu bodoh

    ReplyDelete
  3. Buat le tema apa pun semua tu tak de maknanya... lebih elok depa dok bincang mcmana nak bg ayaq bersih kat paip rumah. Ni dah kuar ayaq karat . Kat rumah ni Ada budak2 tau. Tak baik utk kesihatan budak2.

    ReplyDelete