Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, August 12, 2012

Tamrin Ghafar sertai Pas

Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, Datuk Tamrin akhirnya menyertai Pas dengan menyerahkan borang keahlian malam tadi.

Ghafar menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Gombak malam tadi.

Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat.

Harakahdaily memetik Tamrin berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno.

Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat.

"Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi.

"Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," kata beliau.

Laporan itu menyebut Tamrin turut berjanji akan membantu Pas dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau turut mengakui pemimpin-pemimpin Pas tidak boleh dijual beli.

"Saya kenal Mat Sabu dan (Tuan Guru) Datuk (Seri) Abdul Hadi (Awang) dah lama.

"Mat Sabu tak pernah pun ajak saya masuk Pas tapi saya yang selalu suruh dia tinggalkan Pas," katanya.

rockyKCD - Alhamdulillah. Proses pembersihan dalaman UMNO sedang berjalan. Alasan Tamrin masuk PAS memang tak masuk akal. Adakah Tamrin anggap Haji Hadi & Nik Aziz sebagai sebagai Ulamak?

7 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah DURI DALAM DAGING sudah keluar .... Lega !

    ReplyDelete
  2. Moga dia tidak menjilat ludahnya kembali.

    ReplyDelete
  3. Sape yg tidak tahu sikap rakus tamrin semasa menjadi pengerusi mara?

    Macam biasa dosa-dosa tamrin akan dihapuskan oleh nik aziz

    ReplyDelete
  4. Asal maso pas nak hapus dosa, asal masok pas pakai tudung asal pakai tudung kena masok pas, asal masuk pas nak pejuae isle, takdok satu pon kedengaran masok Isle kena mengucap dua kalimah syahadat. Sngoti mudoh masuk sorga. Bak selat Melaka, kalu roboh kota Melaka, trek tek tek.... kena tambak..

    ReplyDelete
  5. Dia merasakan DOSA dia memalukan mak bapak dia dah tak terampunkan semasa dia merembat jahanamkan kewangan MARA dan skandal demi skandal semasa ALLAHyarham Tun Ghafar masih lagi hidup. Maka jalan ke syurga sebenar yang diredhai ALLAH SWT dirasakan mungkin sudah tertutup baginya. Harapan satu2nya yang ada ialah syurga yang dijanjikan PAS.

    ReplyDelete
  6. YANG TERKELUAR LANDASAN DAN TAK MEMBANTU RAKYAT ADALAH TAMRIN SENDIRI...SETAHU KAMI DI MELAKA TAMRIN NI DAH TAK LAKU,PERANGAI TAK SERUPA ALMARHUM TUN GHAFAR,JADI KALAULAH ORG MELAKA TAK PAKAI SI TAMRIN NI....JADI APA YANG DIA BOLEH TOLONG PUN TAK TAHU LER....TAMRIN SEPATUTNYA MASUK PARTI. ...PARTY ALL NIGHT LONG..DANGDUT

    ReplyDelete
  7. Semua komen tak popular,,, terimalah hakikat Umno dah nak go...

    ReplyDelete