Minda Hijrah Headline Animator

Monday, August 27, 2012

Rakaman Tuduhan Mansor Bakal Disebar ?

Pada 16/17 Ogos lalu, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman dikatakan berada dalam keadaan yang cemas apabila blog Gelagat Anwar mendedahkan transkrip rakaman beliau mengutuk bosnya, Lim Guan Eng di dalam satu mesyuarat. Antara yang hadir di dalam mesyuarat tersebut ialah Law Choo Kiang PKR Bukit Bendera, Felix Ooi, PKR Bayan Baru, Tan Seng Keat calon Bayan Baru pada 2004, Raymond Ong, PKR Tanjung, Ng Chek Siang;,Batu Uban, Cheah Peng Guan dan John Ooi, juga PKR Bayan Baru.

Mansor di dalam rakaman tersebut merujuk kepada Guan Eng sebagai 'sombong' dan 'angkuh'. Beliau juga dikatakan mengucapkannya dengan berani dan lantang. Antara petikan rakaman tersebut berbunyi:

"Dia (Guan Eng) very arrogant I tell you. Cocky and arrogant. It's not easy. Now more arrogant because dia menang banyak." — sumber blog 'Gelagat Anwar' (1)

"Guan Eng macam tokong, you know, to the Chinese. You cannot deny that… he is just like a tokong. Itu yang buat dia org sombong … very, very angkuh and arrogant." — sumber blog 'Gelagat Anwar' (2)

Secara dasarnya, rakyat telah pun sedia maklum akan keangkuhan dan kesombongan Guan Eng. Malah, di dalam DAP sendiri, Guan Eng tidak begitu disukai. Beliau juga menjadi penyebab beberapa pemimpin DAP keluar parti akibat tidak tahan dengan keangkuhan, kesombongan dan juga 'kekorupan' beliau.

Namun, ini bukan soal Guan Eng kerana semua orang sudah kenal siapa Guan Eng lidah biawak, hati kering, penipu tegar yang tidak tahu malu bila kantoi.

Ini adalah soal Mansor dan kedudukannya di dalam PKR, di dalam pentadbiran Pulau Pinang, di sisi Guan Eng dan di mata rakyat. Umum tahu bahawa tiada seorang pemimpin termasuk di dalam DAP sendiri yang akan selamat jika berani melawan Guan Eng. Kediktatoran Guan Eng bukan satu cerita rekaan dan kerana itulah Mansor dikhabarkan menjadi kecut perut mengenang nasib yang bakal menimpa dirinya.

Lebih menakutkan Mansor ialah apabila ada pihak yang tampil menyatakan yang mereka akan menyebarkan rakaman suara tersebut tidak lama lagi bagi membolehkan semua orang mengadili sendiri apa yang diperkatakan dan siapa yang mengatakannya.

Menurut sumber, pihak yang terlibat tidak berminat untuk menunggu 'waktu yang sesuai' seperti pilihanraya, untuk menyebarkannya tetapi akan menyebarkannya sebaik saja mereka bersedia.

PKR Pulau Pinang kini berada dalam keadaan gelabah namun tidak begitu bersungguh untuk mempertahankan Mansor. Khabarnya, masing-masing lebih berminat menyelamatkan diri dari 'dibaham' Guan Eng. Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka lebih takutkan Guan Eng dari Anwar, Ketua Umum parti mereka.

Apa yang berlaku akhir-akhir ini memperlihatkan Guan Eng mula menunjuk curiga secara terang-terangan terhadap Mansor dan mula memberi tekanan terhadap beliau. Walaupun begitu, ada juga pengkhabaran yang menyatakan bahawa Guan Eng sudah lama mencari jalan untuk menyingkirkan Mansor dan semua Melayu-melayu di dalam pentadbiran Pulau Pinang.

Jika ini benar, maka pendedahan rakaman tersebut telah memberikan peluang untuk Guan Eng berbuat demikian.

Selama ini, parti pembangkang gemar merujuk kepada pemimpin UMNO sebagai diktator atau kukubesi. Tetapi kini, ternyata, mereka berpeluang berhadapan dengan diktator sebenar yang tidak boleh dikritik, tidak boleh ditegur apatah lagi dikutuk, di dalam parti mereka sendiri.

Kerana itu, walaupun penyebaran rakaman suara tersebut belum lagi dibuat, Mansor sudah dapat merasakan bahaya yang bakal menimpa dirinya. Inilah suasana hidup dalam pentadbiran kukubesi, iaitu sentiasa berwaspada, takut dan langsung tidak punya hak bersuara.

Sewajarnya rakyat mengambil iktibar dengan pergolakan politik Pulau Pinang ini. Percayalah, kita juga pasti akan terpaksa hidup dalam keadaan yang sama iaitu sentiasa ketakutan dan tiada hak bersuara jika ditakdirkan PR menjadi pemerintah Malaysia dengan DAP menjadi kuasa mutlak di belakangnya.

2 comments:

  1. Tuan Mansor dh tk bley tahan selalu jadi lembu dicucuk hidung oleh regim DAP Penang. Pengajaran berguna jika kita benarkan pembangkang perintah negara.

    ReplyDelete
  2. Cari nahas si mansor ni. buat kerje gile lawan father joseph, khalifah guan eng. Memang musnah la karier politik si mansor.

    ReplyDelete