Antarapos – Kerapuhan perpaduan Pakatan Rakyat mula terserlah apabila empat negeri yang ditadbir mereka akan menggunakan tema berbeza untuk sambutan Hari Kebangsaan.
Bercakap pada sidang media hari ini, Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali Mustafa berkata, Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.
Manakala dua lagi negeri yang diterajui oleh PAS, masing-masing akan menggunakan tema berbeza.
Negeri Kelantan akan menggunakan tema Menerajui Perubahan manakala tema untuk sambutan di Kedah ialah Terus Berbakti.
Alasan Mustafa, exco kedua-dua negeri berkenaan telah memutuskan tema masing-masing sebelum Pakatan membuat keputusan untuk menggunakan tema Sebangsa, Sebangsa, Sejiwa.
No comments:
Post a Comment