1. Ntah kenapa penyakit gila bekas MB Perak yang masih mabuk kuasa datang lagi. Kali ini Nizar menuduh UMNO menghina Jalur Gemilang sedangkan teras dan jelas bahawa Ahli Parlimen Bukit Gantang inilah yang menggunakan kata-kata 'Jalur Malang' bagi merujuk kepada bendera Malaysia Jalur Gemilang.
2. Apapun alasan Nizar, dia sepatutnya matang dalam berpolitik bukannya ikut suka hati & nafsu kebinatangan. Mungkin perangai Nizar ini sedikit sebanyak dipengaruhi dengan 'berkawan dengan Syaitan' yang dianjurkan oleh Nik Aziz.
3. Semakin benci Nizar kepada UMNO, semakin Allah bukakan perangai syaitan dan buruk dia.
"Sebijak-bijak manusia akan jadi bodoh bila bersama PAS' dan Nizar Jamaluddin adalah bukti nyata ungkapan itu.
rocky-my Mohamad
Nizar: 'Umno hina Jalur Gemilang, bukan saya'
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan beliau menghina Jalur Gemilang, sebaliknya berkata Umno yang berbuat demikian.
Ia berikutan tindakan Umno melalui Menteri Penerangan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meletakkan slogan 'Janji Ditepati' sebagai tema kemerdekaan tahun ini.
Dipetik Harakahdaily, Nizar berkata, pilihan tema berbaur kempen politik itu untuk diiring bersama Jalur Gemilang itu sendiri menunjukkan betapa bendera kebanggaan negara itu dihina.
"Umno dan BN yang menghina Jalur Gemilang apabila meletakkan tema kempen politik mereka seiring dengan bendera negara.
"Itu yang saya ingin bawakan pemikiran rakyat supaya berfikir usaha Umno itu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kecaman yang diterima beliau ekoran tweet beliau berkenaan Jalur Gemilang dan kemerdekaan.
Isnin lalu, Nizar dlam tweetnya menulis "Janji ditepati: malang perayaan Kemerdekaan tahun ini di buat oleh Kabinet BN, luntur semangat nak kibarkan jalur gemilang, jalur malang!"
Mengulas lanjut, Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak berkata, apa yang dimaksudkan beliau ialah Jalur Gemilang itu yang malang, bukannya menukarkan nama Jalur Gemilang kepada Jalur Malang.
"Saya katakan malang perayaan merdeka kali ini dibuat BN keraa slogan politik mereka, hingga menyebabkan semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang luntur. Malanglah Jalur Gemilang bila tidak dikibarkan. Jalur Gemilang itu yang malang," jelas beliau lagi.
Mengakui penggunaan ayat di laman maya, khususnya laman sosial boleh menimbulkan pelbagai pemahaman yang berbeza, Nizar bagaimanapun berkata, ramai yang mengecam tweet beliau itu menunjukkan betapa tidak fahamnya mereka terhadap patriotisme.
"Ramai di kalangan yang mengecam saya tidak faham tentang semangat patriotisme. Sebaliknya, hanya menunjukkan tahap patriotisme yang dididik Umno selama 54 tahun ini," tegas.
makin giler haha.. bahasa melayu dia dah jadi macam bahasa klg haha.. apalah hai bangang sangat orang mcm ni?? mcm mana boleh jadi ketua ni? adoi... tahap pemimpin2 PAS adalah tahap sekolah rendah.
ReplyDeleteSebijak bijak manusia akan jd bodoh bila bersama PAS
ReplyDelete