Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, August 30, 2012

#Merdeka55 - Dajjal Kecil bakal hancurkan Kemakmuran & Keamanan Malaysia @NajibRazak @twtupMerdeka

Ramai kalangan rakyat Malaysia yang tidak tahu kepayahan pimpinan negara terdahulu berkorban demi mencapai kemerdekaan terutamanya Presiden UMNO yang pertama, almarhum Dato' Onn Jaafar. Anak bangsawan ini berkorban kedudukan dan pangkatnya demi bangsa Melayu dan rakyat dibumi Malaya ketika itu. Panjang kisahnya hinggakan kadangkala menitis air mata ini mendengar kisah pengorbanan Dato' Onn Jaafar dan pejuang-pejuang Melayu terutamanya dari Presiden Kelab Chedet sendiri yang pernah membuat dokumentari berkenaan kisah perjuangan Dato' Onn Jaafar.
 
Hasilnya selepas 55 tahun kita merdeka, rakyat Malaysia masih hidup dalam aman & makmur. Bebas memiliki kekayaan negara dan mengamalkan AGAMA & BUDAYA masing-masing kerana haknya terjamin oleh perlembagaan.
 
Malangnya, demi kepentingan politik melampau, munculnya dajjal-dajjal kecil dengan pemikiran songsang yang telah pun menggugat keamanan & kemakmuran negara atas nama KEBEBASAN. Lebih malangnya lagi, kumpulan ini terbukti dibiayai oleh agen asing bagi menguasai tampuk kerajaan Malaysia.
 
Rakyat dihidangkan dengan kisah-kisah FITNAH & pembohongan. Pejuang Komunis diangkat menjadi HERO dan pasukan Polis yang menetang komunis dihina sebagai BARUA BRITISH. Pemimpin negara terutamanya DS Najib Tun Razak & keluarga saban hari diserang dan diaibkan.
 
Golongan Sosialis pembangkang begitu hebat menabur janji kepada rakyat seperti menanam tebu dibibir. Apabila rakyat beri mandat, janji-janji kepada rakyat dibakulsampahkan, kroni-kroni diutamakan. Masalah moral pemimpin dianggap enteng bagi mereka.
 
Golongan yang kononnya memperjuangkan Islam lebih teruk lagi. Apa yang kerajaan lakukan adalah HARAM tetapi HALAL bagi mereka. Golongan Islam yang bersama kerajaan dianggap sebagai KAFIR. Lebih malang, golongan ini sanggup menjadi barua & balaci yang terang dan jelas mahu menghancurkan bangsa Melayu dan Islam di Malaysia.
 
Golongan yang satu ketika dahulunya berjuang dalam hutan bagi membentuk kerajaan Komunis kini perjuangan diteruskan oleh cucu cicit mereka selepas meletakkan senjata. Nampak luaran seolah baik sehingga digambarkan seperti pemerintahan Khalifah Islam tetapi itu semua hanya kosmetik. Hati mereka busuk. Dendam terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan masih membara.
 
Dajjal-dajjal kecil ini sudah muncul. Gerakan mereka semakin tersusun. Perpecahan dikalangan rakyat semakin membesar. Apakah erti kemerdekaan jika kita sendiri tidak mahu pertahankan tanah tumpah darah ini ? Apakah kita sedia berkorban diri & harta untuk menentang dajjal-dajjal kecil & makhluk perosak ini ?
 
Buang sikap selesa dalam diri, Jangan persiakan perjuangan datuk nenek moyang kita yang menyatukan rakyat Malaysia pelbagai bangsa. Ini Malaysia. Ini negara kita. Ini tanah air kita. Keamanan & Kemakmuran adalah hak kita. Kemerdekaan adalah untuk semua.
 

No comments:

Post a Comment