Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, August 14, 2012

Kaji semula kerjasama PR, Hasan Ali gesa PAS

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, Pas  perlu mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat (PR). 

Ini kerana menurut Hasan, Pas sehingga kini berdiam diri dan gagal dengan pendirian mereka sebelum ini dalam menegakkan Islam dan melaksanakan hudud.

Hasan berkata demikian merujuk kepada kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib sebelum ini, yang jelas  satu ketika dahulu mengatakan, Pas perlu laksanakan hudud dan tidak akan ketepikan undang-undang Islam.

Harun Taib pernah katakan bahawa Pas akan pilih rakan baru sekiranya undang-undang Islam gagal ditegakkan.

Katanya, dalam format kini, Pas telah gagal melaksanakannya apa yang dikatakan oleh Harun Taib itu, bahawa  Pas kini perlu memilih  rakan baru dalam perjuangannya.

"Pemimpin Pas dan Dewan Ulama perlu mengkaji semula kedudukan Pas dalam Pakatan. 

"Tidak boleh biarkan bersetuju untuk tidak bersetuju. Pas kena yakin dan menegakkan konsep dan objektif mereka sebelum ini untuk  menegakkan negara Islam," katanya.

Menurut Hasan, tindakan Pas yang terus berdiam diri itu kerana takut akan ditolak oleh pengundi bukan Islam.

"DAP sangat konsisten bahawa Malaysia  menyatakan Islam adalah agama rasmi dan bukannya agama Persekutuan.

"Implikasinya sangat besar dan DAP tidak pernah gunakan agama Persekutuan dan menggunakan Islam sebagai agama rasmi," katanya. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia berkata,  menyatakan rasa sedihnya dengan kepimpinan Pas yang berdiam diri, dan sehingga kini tidak bersuara.

"Amat malang pemimpin Pas tidak berani bersuara. Semakin lantang penolakan negara Islam  dan hudud oleh DAP, pemimpin Pas hanya berdiam diri.

"Mereka tidak mahu menjejaskan undi orang  bukan Islam terhadap mereka seterusnya menjejaskan peluang mereka ke Putrajaya." katanya.

Katanya, Majlis Syura seharusnya memainkan peranan dengan membawa perkara penting  dibawa bersama ke mesyuarat Pakatan dan bukan peringkat Pas Pusat sahaja.

2 comments:

  1. Cepat2 lah PAS ooi...pergi salam dengan UMNO dan minta maaf supaya penyatuan Melayu dapat disegerakan melalui percantuman UMNO/PAS.Pasti parlimen malaysia akan menyaksikan pehak kerajaan diwakili semua Melayu dan pembangkang terdiri dari khafir harbi.

    ReplyDelete
  2. Memang sepatutnya PAS keluar dari pakatan songsang tak rasmi PR. Kerana adanya PAS dalam PR menyebabkan DAP semakin kurang ajar kerana dapat mengusai Islam melalui parti PAS. Jika PAS masih ingin bersama DAP dalam PR maka PAS WAJIB MENGGUGURKAN PERKATAAN ISLAM DARI PARTI. Orang melayu yang menyokong PAS kerana terkeliru dengan slogan Islam yang digunakan, mereka menganggap Islam itu PAS dan PAS itu Islam. Banyak orang yang rosak akhidah kerana melebihkan PAS dari ALLAH yang menguasai Islam.

    ReplyDelete