Minda Hijrah Headline Animator

Monday, August 27, 2012

Hudud: Fathul Bari pelawa Nik Aziz bincang - ADA BRANI KA?

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya mengajak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbincang mengenai masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan hudud di negara ini.

Beliau berkata, perbincangan  perlu diadakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam melaksanakan hukum itu kerana rakyat negara ini terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.

Katanya, pelaksanaan hudud juga perlu melakukan perbahasan, perbincangan, yang perlu dihadiri oleh golongan profesional, ahli agama, diketuai Raja-raja Melayu, penguat kuasa, pentadbiran, badan kehakiman, wakil-wakil politik dan sebagainya.

“Kalau mahu ia dilaksanakan, kita duduk berbincang bersama-sama. Saya mempelawa Nik Aziz dan Pas bincang bersama-sama mengenai masalah pelaksanaan hukum tersebut.

“Banyak masalah dihadapi untuk melaksanakan hukum itu, antaranya ialah Pas hanya meletakkan masalah pelaksanaan hukum hudud di negara ini kepada Umno, Umno sendiri melihat ada halangan untuk melaksanakannya kerana masyarakat majmuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Nik Aziz agar Umno membentangkan hudud versi parti itu yang dikatakan adil.

Fathul Bari berkata, banyak pemimpin pembangkang, malah beberapa pemimpin Pas juga menyatakan tidak sesuai hukum hudud dilaksanakan sekarang kerana banyak halangan dan keadaan belum sesuai.

Fathul Bari berkata, banyak pemimpin pembangkang, malah beberapa pemimpin Pas juga menyatakan tidak sesuai hukum hudud dilaksanakan sekarang kerana banyak halangan dan keadaan belum sesuai.

Fathul Bari berkata, hudud tidak boleh mempunyai versi kerana untuk laksanakan hukum hudud perlu berdasarkan hukum Islam yang sebenar.

“Saya menyangkal kenyataan beliau untuk membentangkan hudud versi Umno, saya tidak setuju. Sekiranya hukum hudud mempunyai versi Umno atau Pas bermakna hukum itu dilaksanakan berdasarkan parti politik,” katanya.


6 comments:

  1. Budak hingusan macam Fathul bari mana layak nak berbincang dgn tok guru apabila bersama puak mungkar. Takut malu diri sendiri dan masuk Pas bila bertemu tok guru nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. aper kau ingat pok nik tu tinggi sangat ke ilmu dia....belaja pun tak abiss...kalau tinggi ilmu dia takla kelantan tu champion segala maksiat....

      Delete
  2. Ustaz fathul bari bakal dikafirkan oleh penyokong pok nik

    ReplyDelete
  3. Betoi...mana ada versi HUDUD versi PAS ala pok nik atau versi UMNO.

    hai...AnonymousAugust 27, 2012 1:13 AM ....lu memang kayu...guna akal kepala lutut... hudud islam mmg ada satu..tiada versi2 pun. Biar dimurka org manusia, dengan redha Allah. Jgn mendapat murka Allah dengan redha manusia.
    Ada paham..??!! AnonymousAugust 27, 2012 1:13 AM

    ReplyDelete
  4. ko jangan lawan pok nik, nanti dia sumpah dan mohon doa dari Ayahnda Pin, ko jadi katak hijau yang pekat

    ReplyDelete
  5. Assalmualikum. janganlh kalian mncelah sesama sendiri. sebaiknya dokan agar semua rakyat mlayia kembali bersatu. apakh kalin tidak tidak menghiraukn dosa mengmpt.mngta dan mncaci tidk berdosa mahukh kalian memakn dagig saudara sendiri yg sudah mti. kita doakan mereka agar bersatu setiap masalah ada penyelasaiannya buknn dgn cara tuduhan kearah fitnah.

    Wallahu ala'm

    ReplyDelete