Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, August 28, 2012

Fitnah terhadap Tun Ghafar Baba: Keluarga Tuntut Mat Sabu Tarik Balik Kenyataan

Kenyataan wakil keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba jelas mahu Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu menarik balik kenyataan gilanya bahawa Tun Ghafar Baba akan sertai PAS jika masih hidup. Kita juga kesal kerana Mat Sabu mengheret orang yang telah meninggal dunia ke kancah politik kotor pembangkang.
 
Harapan kita supaya kenyataan-kenyataan gila Mat Sabu tidak menjadi satu trend kerana kita khuatir & bimbang nanti ada kalangan pemimpin pembangkang pula akan mengaitkan pemimpin-pemimpin negara yang sudah meninggal dunia.
 
Jangan terkejut nanti mungkin ada pemimpin pembangkang buat kerja gila kata "Almarhum Tunku Abd Rahman & Tun Abdul Razak akan sertai pembangkang jika masih hidup".
 
Sebab pembohongan adalah cara mudah pembangkang untuk meraih undi tanpa perlu kerja kuat membangunkan negara sekaligus membantu rakyat.
 
 

No comments:

Post a Comment