Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, August 16, 2012

Demi Kasih & Sayang Karpal Singh, Nik Aziz tak hairan jika Nasha keluar Pas - TAKBIR !!!

Akibat sentiasa dipuja bertaraf Nabi dan menjadi sembahan pengikut PAS, bukan main sombong tua kutuk tak sedar diri. Mereka yang telah lama berjuang dalam PAS dan jarang melakukan kerosakan seperti Ustaz Nasha begitu mudah dibakulsampahkan oleh Nik Aziz dan konco-konconya demi perjuangan Islam yang palsu bersama DAP & PKR.
 
Memang benar pandangan ramai pihak bahawa jika bekas Presiden PAS Dato' Fadzil Noor masih hidup, mungkin ini tidak akan berlaku.
 
JIka Fadzil Noor boleh duduk bersama Tun Mahathir kerana isu Palestin pada satu ketika dahulu, kenapa keldai-keldai PAS meroyan apabila Ustaz Nasha bersama DS Najib di Mekah yang membincangkan isu umat Islam?
 
Mungkin hati keldai-keldai PAS ini mudah panas kerana asyik mendekati diri dengan syaitan - formula perjuangan Nik Aziz untuk menumbangkan UMNO.
 
Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka untuk kembali ke jalan yang lurus. Ameen.
 
rocky-my Mohamad
 
 
Nik Aziz tak hairan jika Nasha keluar Pas
 
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas Timbalan Presiden Pas tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Makkah, semalam.
 
"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden Pas boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
 
Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharudin menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.
 
Nasharudin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam Pas ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-Pas sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.
 
Pada Muktamar Agung Pas tahun lepas, Nasharudin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.
 
Nik Abdul Aziz juga berkata, adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan Pas daripada menimbulkan masalah kepada parti.- Bernama

1 comment:

  1. Apa nak kisah...dia bukan ada perasaan dah...

    ReplyDelete