Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, August 15, 2012

Demi Karpal Singh & DAP, Pemuda PAS Kelantan rela Ustaz Nasha keluar parti. TAKBIR !!!

Pemuda Pas Kelantan gesa Nasharudin nyatakan pendirian

DEWAN Pemuda Pas Negeri Kelantan  meminta bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang juga merupakan Ahli Parlimen Bachok, menyatakan pendiriannya dengan jelas sama ada masih ingin bersama Pas atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.

Ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini (semalam) di mana beliau mencadangkan agar Pas keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.

Dewan Pemuda Pas Kelantan melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.

Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini. 

Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro-Umnosejak kebelakangan ini, Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama Pas atau sebaliknya. Jika beliau sudh tidak berminat bersama-sama dengan Pas, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus-menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu.

Bagi Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan, Pas sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.

4 comments:

  1. PAS n DAP diktaktor dan menghalang ahlinya mengeluarkan hak dan pendapat sendiri. Apakah maksud hak bersuara yang dilaung2kan oleh mereka selama ni?

    Siapa yang bersuara mengeluarkan pendapat yang tidak disukai oleh pemimpin mereka akan dipecat.

    Sangat diktaktor hehe

    ReplyDelete
  2. Takbirrrrrrrr..............sudah sampai masanya PAS tinggalkan Pakatan dan bersatu dengan UMNO bagi menolak kerjasama dengan khafir Harbi(haram).Biar dalam Parlimen nanti Melayu disebelah kerajaan dan Cina DAP di sebelah Pembangkang....barulah suara Islam boleh digeruni oleh musuh Islam seperti DAP haprak yang tak sedar diri tu.

    ReplyDelete
  3. Selagi PAS dengan DAP...selagi itu PAS dah tiada sokongan melayu...

    ReplyDelete
  4. PAS DAN UMNO KENA CARI FORMULA UNTUK MENYATU PADUKAN BANGSA MELAYU ...AGAMA ISLAM YG SEBENAR BENARNYA ..JGN SAMPAI PUAK CINA MEROSAKKAN BANGSA KITA ...
    PUAK INDIA MENGHURU HARAKAN AGAMA KITA ...SAMPAI BILA NAK TERUS BERTELAGAK ..KITA PERLU CARI TITIK PERSAMAAN BUKAN PERBEZAAN ...

    SEJAK TSUNAMI PILIHAN RAYA
    KITA DAPAT TGK SATU PERSATU ISU RUKUN NEGARA DAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN ISLAM MULA DIPERTIKAI ...SEDARLAH BANGSAKU ..AGAMAKU ...

    ReplyDelete