Allah berfirman dalam Al-Quran bahawa Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara. Maka damaikan lah antara mereka. Bertaqwa lah semoga kamu mendapat rahmat.
Saya mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam diseluruh dunia walaupon ada segilintir mereka yang mengkafirkan saya hanya kerana saya bersama UMNO.
Raya tahun ini jelas berbeza sepanjang hidup saya kerana kali pertama beraya sebagai seorang suami dan juga kali pertama tidak bersama bonda tersayang. Apapon, saya telah bersama bonda semalam dan semoga bonda panjang umur untuk saya beraya bersama tahun hadapan.
Khutbah Aidilfitri kali ini bagi negeri Selangor juga mengancam jiwa puak khawarij apabila diajak untuk perpaduan dan jangan tabur fitnah. Bicara perpaduan ini adalah satu perkara yang sangat ditakuti musuh-musuh Islam di Malaysia.
Bagi saya insan kerdil sentiasa mendoakan semoga Allah terus menjadi pelindung kepada negara Malaysia yang dicintai.
Salam Aidilfitri sekali lagi dan terima kasih rakan-rakan seperjuangan yang terus bersama memberi sokongan.
Terima kasih dan semoga Allah memberkati perjuangan kita semua.
rocky-my Mohamad
Kelab Chedet.com
No comments:
Post a Comment