Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, August 12, 2012

Anwar Kata ‘Undi PAS Sama Dengan Undi DAP & PKR’

Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berkata 'undi PAS sama dengan undi DAP dan PKR'.

Beliau berkata demikian ketika berkempen untuk calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad dalam Pilihan Raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan pada tahun 2010.

"Kita mahu angkat, wakil Zulkifli Mohamad, calon kita, lambang dia PAS..you undi Zulkifli Mohamad sama macam you undi PAS, macam undi DAP, Macam undi Keadilan.

"You sokong Zulkifli Mohamad sama seperti you sokong Ustaz Hadi, you sokong Lim Kit Siang, you sokong Anwar.

"Ini dia, kita punya semangat sekarang,"katanya.

Dalam pilihanraya kecil itu, Zulkifli Mohamad telah tewas kepada calon UMNO, Abdul Aziz Yusof dengan dengan majoriti besar 1,190 berbanding pilihan raya umum 2008.

Pilihanraya kecil itu dibuat ekoran wakil rakyat dari Pas, Allahyarham Chek Hashim Sulaima telah meninggal dunia pada 27 September 2010.

Sebelum ini, allahyarham berjaya memenangi kawasan itu dengan majoriti 646 undi.

1 comment:

  1. betul, sokong pas samalah sokong dap. last2 dap yg berkuasa di penang, pas habuk pun tak ada dalam exco penang. budus!

    ReplyDelete