Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, July 7, 2012

Uncle Seekers didakwa Positif Morfin.

Pengendali laman blog Uncle Seekers yang ditahan semalam di atas penyiaran artikel yang didakwa mengandungi unsur hasutan, provokasi, dan mengaibkan kerabat Diraja Johor di dalam blognya disahkan positif dadah jenis "Morphine" hari ini.

Beliau yang nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas juga merupakan pengamal aktiviti paranormal telah ditahan kira-kira jam 9.45 malam semalam di Tol Senawang, Negeri Sembilan dan telah di bawa ke Nusajaya, Johor.

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim dalam laman Twitter baginda juga telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

"Hari ini Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor ingin memaklumkan perkembangan siasatan kes terhadap pengedali laman blog Uncle Seekers yang didakwa memfitnah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) melalui laman blog.

"Pada 6/7/2012 jam 1.25 tengahari, ujian air kencing (urine test) telah dibuat ke atas suspek Syed Abdullah Bin Syed Husein (uncleseekers) di IPD Nusajaya, dan hasil ujian tersebut didapati positif 'MORPHINE'. Laporan polis dibuat dan Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952," kata baginda di laman Twitternya.

Baginda turut menambah, "Rupanya Drug Addict daaahh, patut lah tulis mengarut. Rupanya kaki steam."

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supt. Noor Hashim Mohamed yang dihubungi The Malaysian Insider, mengesahkan perkara itu.

"Tiada cadangan untuk menambah reman, kerana pihak polis masih mempunyai baki dua hari reman, daripada empat hari bermula semalam (Khamis)," kata Noor Hashim kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, tiada pengakuan dicatatkan daripada Uncle Seekers berhubung perkara itu.

Semalam, laporan media menyebut, Uncle Seekers telah ditahan bersama seorang perempuan yang dikenali Siti Nadhirah Mohd Zain berusia 26 tahun.

Timbalan Ketua Polis Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Mohd Akhir Ishak mengesahkan tangkapan itu.

"Polis menerima tujuh laporan polis ke atas pengendali laman blog itu sejak 13 Jun lalu. Susulan itu, dua pasukan polis telah melakukan tangkapan ke atas beliau malam tadi (semalam) .

"Kedua-duanya ditangkap untuk siasatan lanjut bersangkutan kes di bawah Seksyen 8(1) (d) Akta Rahsia Rasmi 1972," katanya pada pemberita di Johor Bharu, semalam.

Mohd Akhir berkata, jika disabit kesalahan mereka boleh dipenjara setahun dan tidak melebihi tujuh tahun.

Sebelum ini, memetik laporan media, lebih 30 laporan polis telah dibuat terhadap Uncle Seekers kerana menyiarkan artikel di laman blog miliknya, uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan mengaibkan Sultan, dan kerabat Diraja Johor.

No comments:

Post a Comment