Minda Hijrah Headline Animator

Monday, July 2, 2012

TERKINI BERSIH 3.0: Anwar Ibrahim, Azmin Ali & Badrul Hisham Kena Tuduhan Baru

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan seorang lagi pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin berhadapan dengan satu lagi tuduhan hari ini, berkaitan dengan perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu.

 

Ketiga-tiga mereka dikenakan tuduhan bersubahat memecahkan sekatan bagi membolehkan peserta memasuki Dataran Merdeka ketika perhimpunan itu.

 

Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas dakwaan berkenaan.

 

Anwar yang berang dengan tuduhan baru hari ini menyifatkan tindakan berkenaan merupakan satu lagi penganiayaan politik.

 

Mahkamah menetapkan 3 September untuk sebutan kes berkenaan.

 

Pada 22 Mei lalu, mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah mahkamah yang menghalang perhimpunan tersebut.

 

Majistret Zaki Asyraf Zubir dalam perintah bertarikh 26 April itu melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

 

Anwar dan Azmin boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut dan boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.

 

Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun

No comments:

Post a Comment