Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, July 11, 2012

Ronnie Liu : Rumah Urut Bukan Punca Masalah Sosial

Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu hari ini mengakui pertumbuhan rumah urut dan pusat hiburan di Selangor disebabkan penyalahgunaan lesen perniagaan yang diluluskan oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan).

Dalam masa sama beliau turut mempertahankan industri itu yang didakwanya bukan punca masalah sosial di negeri itu.

"Saya harap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) buat operasi bersepadu. Ada orang dapat lesen (untuk operasi perniagaan) tapi buat aktiviti lain," katanya yang juga exco yang menjaga PBT.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Warno Dogol (BN-Sabak) berkenaan pertumbuhan bilangan rumah urut dan pusat hiburan yang semakin banyak sejak Selangor ditadbir Pakatan Rakyat.

Ronnie Liu , wakil rakyat DAP Pandamaran berkata kerajaan Selangor sudah tidak mengeluarkan lesen rumah urut sejak 2006 lagi tetapi masih mengeluarkan lesen tersebut di bawah Undang-undang Kecil Pusat Kesihatan dan Kecantikan PBT.

AIDCNews 2 Julai menyiarkan pendapat SD Johari Yassin, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan yang berkata pemecatan Dato' Dr Hasan Ali daripada PAS menyebabkan Ronnie Liu semakin bermaharajalela di Selangor.

"Sejak pemecatan Hasan Ali, DAP semakin angkuh, semakin tumbuh pusat judi, pusat hiburan dan pusat urut kaki yang dibuka tanpa memerlukan sebarang permit dan kebenaran dari PBT.

"Kenapa DAP semakin berani, kerana mereka tahu, orang yang menjadi batu penghalang, Hasan Ali telah dipecat dari PAS.

"Saya yakin kebenaran mudah akan diberikan kepada mana-mana pengusaha sekadar cukup dengan mendapat 'kebenaran lisan' dari mana-mana YB Pakatan untuk mereka beroperasi di kawasan tersebut dengan syarat bersetuju membayar 'ahli majlis pau yang menjadi rakan kongsi Ronnie Liu itu," katanya.

Katanya lagi rumah urut dan pusat hiburan menjalankan operasi mereka dengan berselindung di sebalik urut kaki.

"Kerajaan Khalid juga memperkenalkan ahli majlis 'kaki pau' untuk menjaga kawasan dan mengutip hasil untuk kerajaan. Sebab itu pusat judi, 'urut kaki' dan pusat hiburan boleh tumbuh dengan maju di Selangor.

"Pusat-pusat perniagaan yang berlesen dikutip oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), manakala yang tidak berlesen dikutip oleh 'ahli majlis pau' kerajaan tempatan,"katanya.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengesahkan Sepang akan dijadikan lokasi tapak perkuburan bersepadu untuk menampung peningkatan jumlah penduduk di kawasan Petaling Jaya, Subang dan Kuala Langat.

Abdul Khalid berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Yap Ee Wah (BN-Sungai Pelek) berhubung dua bidang tanah di daerah Sepang yang dicadangkan kerajaan negeri untuk tapak perkuburan bersepadu.

Sebelum ini, cadangan kerajaan negeri membina tanah perkuburan bersepadu di Kampung Sungai Sekamat, Kajang dikritik hebat oleh penduduk setempat kerana cadangan itu disifatkan sebagai tidak masuk akal dan sensitif dengan agama Islam.

Tanah perkuburan bersepadu bermaksud pembangunan perkuburan secara bersama merangkumi kubur kepada beragama Islam dan bukan Islam iaitu Buddha, Hindu dan kristian untuk mengatasi masalah kekurangan tanah kubur.

Sumber : www.anwaraidc.com

No comments:

Post a Comment