Soal itu masih belum selesai, dengan Datuk Seri Anwar sedang meneliti beberapa kerusi yang dikatakan bermasalah.
Tidak cukup dengan itu, Hadi turut menyatakan jumlah kerusi yang mahu ditandingi PAS iaitu sebanyak 80 kerusi. Seingat penulis, dalam beberapa mesyuarat yang djalankan sebelum ini, jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada PAS adalah jauh lebih sedikit dari itu (60 kerusi).
Lagipun, penulis tidak faham bagaimana parti yang dari segi nisbahnya mempunyai jumlah kerusi Parlimen yang paling rendah dibanding dengan 2 komponen lain dalam Pakatan Rakyat, boleh bermimpi untuk bertanding dengan jumlah kerusi yang lebih besar?
Dalam pilihanraya umum ke-12, PAS bertanding sebanyak 66 kerusi Parlimen, tapi hanya menang 23, berbanding PKR (97) dan DAP (47) tapi berjaya menang, dengan masing-masing menguasai 31 dan 28 kerusi Parlimen.
Walaupun PAS menguasai 2 negeri, dibanding 1 oleh DAP dan PKR, itu bukanlah alasan untuk menjustifikasikan permintaan PAS supaya diperuntukkan jumlah kerusi yang lebih besar dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.
Kejayaan di peringkat negeri tidak cukup besar jika dibandingkan dengan kejayaan merampas kerajaan persekutuan dari UMNO/BN.
Begitu juga dengan sokongan Melayu. Dalam beberapa pilihanraya kecil terakhir yang diadakan selepas 2008, bermula di Bagan
Menunjukkan tidak ada peningkatan dari segi sokongan orang Melayu terhadap PAS. Jadi di mana meritnya PAS mahu meminta jumlah kerusi yang lebih di kala sokongan orang Melayu terhadapnya dibuktikan semakin menurun?
Penulis sekarang bercakap tentang data dan statistik, bukan hentam keromo. Hasratnya, menyedarkan mana yang tidak sedar bahawa kadang kala kita perlu senantiasa memandang ke bawah sebelum mengeluarkan kenyataan pra-matang seumpama itu.
Penulis katakan pra-matang kerana kelihatannya Hadi membelakangkan parti-parti pembangkang dari Sabah dan
Hadi seharusnya merujuk kepada Anwar sebelum mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Kita tidak mahu diakhirnya nanti wujud perbalahan yang akan hanya merugikan Pakatan Rakyat dalam soal pembahagian kerusi ini.
No comments:
Post a Comment