Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan laporan suami isteri warga emas di Pasir Mas bercerai selepas 15 tahun bersama akibat perbezaan fahaman politik.
Menteri Besar Kelantan itu menegaskan, dalam keadaan sekarang, politik bukan sahaja berlaku dalam konflik keluarga malah perkara yang sama berlaku dalam institusi kerajaan.
"Ini mengecewakan saya, isu ini sama dengan Kelantan didiskrimasikan oleh Kerajaan Pusat sebab politik. Kenapa ada JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) di Kelantan kalau bukan sebab politik. Ini bahaya.
"Kenapa politik dijadikan batas atau penghalang. Perkara ini mendukacitakan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas perceraian seorang guru agama dan suaminya.
Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian projek pembangunan tanah, anak muda Kelantan di kampung Selimbar, Ulu Sat, di sini, hari ini.
rockyKCD - cara Nik Aziz ulas isu ini memang sah dah nyanyuk. Apa kaitan kes penceraian dengan JPP pulak?
Kes ni banyak berlaku di Kelantan.... Masjid yang dibina senang-senang sahaja diruntuhkan hasil daripada fatwa parti (bukan fatwa agama) Nik Aziz. Aku salah seorang daripada mangsa fatwa gila itu dan aku tidak halalkan dosa Nik Aziz di dunia dan akhirat... kau tanggunglah nanti wahai Nik Aziz dan kuncu-kuncunya yang taksub pada parti.
ReplyDeletesah nik aziz dah gila. lain orang cerita lain pulak dia koner.mampos keras la kalau dia jadi mb kelate lagi lepas ni...
ReplyDeleteSaya sampai baca berkali-kali...apa kaitan? Tak Fahamlah Tuan Guru..
ReplyDelete