Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, July 22, 2012

Mengapa DAP Melenting Dikaitkan Komunis ?

Tanpa disangka, kenyataan ringkas bahagian Risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendedahkan eleman JI ( Jemaah Islamiyah) dan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang menyebabkan kepimpinan tertinggi DAP (Democratic Action Party) melenting.

'Ketua De Facto' DAP, Lim Kit Siang memandang serius pendedahan itu serta mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan kewajaran mereka membenarkan polis Cawangan Khas mengumumkan perkara itu kepada orang ramai.

"Najib dan Hishammuddin patut menjelaskan kenapa mereka memberikan lampu hijau kepada Cawangan Khas mengumumkan cerita yang sukar dipercayai ini," katanya.

Pengerusi DAP Karpal Singh mencabar polis Cawangan Khas supaya menamakan mereka yang didakwa anggota JI dan komunis yang dikatakan cuba meresapi parti-parti pembangkang

"Saya mencabar Cawangan Khas untuk menamakan anggota JI dan komunis yang dikatakan telah meresapi Pakatan Rakyat," katanya.

Setiausaha Agung PSM (Parti Sosialis Malaysia), S Arutchelvan pula mendakwa dakwaan itu merupakan kaedah yang pernah diamalkan semasa Perang Dingin.

"Mereka menggunakan kaedah Perang Dingin untuk menyemai rasa takut tapi kaedah ini tidak berkesan kerana ia telah pun digunakan dulu," katanya yang juga merupakan anggota tulang belakang SUARAM.

Menurut wikipedia PSM PSM) merupakan sebuah parti politik berideologikan sosialisme di Malaysia yang merupakan parti serpihan Parti Rakyat Malaysia (PRM) kerana tidak berpuas hati parti itu menggugurkan perkataan 'Sosialis' dari nama asalnya Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM).

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, PSM bertanding menggunakan logo DAP, namun menjelang Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, DAP enggan membantu PSM lagi, oleh itu PSM beralih kepada PKN (Parti Keadilan Nasional).

Ahli-ahli PRM kemudiannya menyerap masuk ke dalam PKN membentuk parti baru yang dinamakan PKR (Parti Keadilan Rakyat).

Pada Pilihanraya Umum 2008, calon-calon PSM bertanding dalam pilihanraya menggunakan logo PKR.

2 comments:

  1. DAP memang serpihan komunis yang hanya meletak senjata sahaja tetapi berjanji untuk tegakkan fahaman komunis di Malaysia

    ReplyDelete
  2. Tak Perlu Kit Siang nak cabar. Semua rakyat Malaysia tahu agenda DAP dan apakah ideology Kit SIang.

    ReplyDelete