Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, July 17, 2012

Isu Rumah Urut: Ronnie Liu Dicabar Letak Jawatan

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu didesak meletakkan jawatan di atas kegagalannya dalam menangani masalah pertambahan rumah-rumah urut dan hiburan di Selangor.

Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia Negeri Selangor (Gagasan Selangor) melalui Setiausahanya, Mohd Faizal Salleh berkata kenyataan Ronnie semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mengesahkan bahawa beliau gagal sebagai Exco yang menjaga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor sehinggakan bertambahnya pusat dan rumah urut di negeri ini.

"Sebaliknya Ronnie mengatakan masalah sosial yang membabitkan aktiviti berkenaan (pusat dan rumah urut) adalah isu penguatkuasaan dalam portfolio ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, banyak kes terdahulu yang melibatkan penguatkuasaan dan operasi bersepadu PBT dan agensi kerajaan negeri mendapat tentangan dan halangan.

"Termasuklah mereka menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) kononnya menjadi dalang termasuk kes gereja di Petaling Jaya dan rampasan arak yang dijual di kedai serbaneka 24 jam di sekitar Shah Alam," katanya.

Sebelum itu, Ronnie menolak alasan kewujudan rumah urut dan pusat hiburan sebagai penyumbang masalah sosial di Selangor semasa menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seabak, Datuk Warno Dogol pada sidang DUN baru-baru ini.

Gagasan Selangor selain itu juga mencabar Ronnie memberikan data lengkap dan pecahan di mana 571 rumah dan 775 pusat hiburan yang beroperasi di negeri ini sebagaimana jawapan beliau ketika menjawab pertanyaan mulut daripada Warno mengenai rumat urut dan pusat hiburan mengikut kawasan pentadbiran PBT di Selangor.

Dalam pada itu, Ronnie gagal dihubungi AntaraPos bagi mendapatkan respon mengenai desakan meletakkan jawatan Gagasan ke atasnya.

Sumber : www.antarapos.com

No comments:

Post a Comment