Kita percaya apa yang berlaku ke atas kita adalah sebenarnya yang terbaik untuk kita, hanya kita yang kadangkala kurang memahami atau menyedarinya. Apatah lagi jika mempunyai suami seperti Yahaya Ibrahim yang ternyata kurang matang, mudah terpengaruh dan taksub dengan sesebuah parti politik sehingga meletakkan politik mengatasi agama dan keluarga.
Maka, tidak dapat dinafikan lagi bahawa penceraian adalah sesuatu yang terbaik untuk Che Hasnah kerana ternyata Yahaya Ibrahim tidak layak mendapat penghormatan sebagai seorang suami.
Sebenarnya, suami seperti Yahaya Ibrahim bersepah di Malaysia ini terutama, di kalangan penganut PAS. Sikap mereka juga amat tipikal atau stereotaip, iaitu bongkak, terutama dengan isteri dan sering memandang rendah terhadap kaum wanita. Selalunya mereka tidak berpelajaran tinggi, kalau pun mempunyai ijazah, ia hanyalah dalam bidang agama yang membataskan peluang pekerjaan mereka. Kerja mereka juga tidak menentu, ada yang menjadi Ustaz di sekolah-sekolah agama, berniaga pasar malam, membuka gerai makan atau sebagainya.
Namun, tunjang pendapatan mereka adalah selalunya isteri mereka. Di mana, walaupun mereka berniaga tetapi yang mengerahkan tulang empat kerat untuk menjayakan perniagaan tersebut adalah isteri mereka. Yang lebih 'bijak' di antara mereka pula, memilih untuk berkahwin dengan wanita yang mempunyai pekerjaan tetap untuk memudahkan mereka 'mengambil cuti' tiap kali tidak ada 'mood' untuk bekerja atau berniaga, atau sekadar ingin menyertai aktiviti-aktiviti politik PAS.
Justeru, sumber kewangan keluarga mereka yang sebenar adalah dari isteri.
Walaupun begitu, suami-suami ini tidak malu menuntut isteri agar menghormati mereka walhal kewujudan mereka di rumah hanyalah sebagai beban kewangan, fizikal, emosi dan psikologi kepada isteri. Ayat mudahnya, langsung tidak berguna atau membawa kebaikan.
Oleh itu, Che Hasnah tidak perlu meratap penceraiannya. Alasan Yahaya bahawa penceraian tersebut adalah kerana Che Hasnah tidak menjaga hatinya apabila memakai baju merah sudah cukup untuk menunjukkan lelaki jenis apakah beliau.
Lebih-lebih lagi apabila beliau sanggup menuduh Che Hasnah sebagai sesat sedangkan yang sesat adalah dirinya kerana terlalu taksub dengan PAS sehingga menyangkakan PAS itu adalah agama.
Jelas, Yahaya adalah penganut PAS tipikal yang begitu keliru dan buntu kerana akalnya hanyalah sejengkal. Buktinya, beliau tidak mampu menjawab apakah kesesatan yang dilakukan oleh bekas isterinya dan di masa yang sama juga cuba menafikan yang penceraian itu adalah disebabkan fahaman politik.
Malanglah penganut PAS yang keliru ini, tetapi mungkin rahmat bagi Che Hasnah kerana Allah S.W.T telah mengeluarkan beliau dari belenggu kekeliruan dan kesesatan suami.
No comments:
Post a Comment