Wan Azizah seperti dilaporkan Antarapos juga enggan menjawab apabila diajukan soalan tentang desakan segelintir Exco negeri itu agar Faekah meletak jawatan.
Ketika Wan Azizah bertanya, (wartawan) dari mana ni?, wartawan itu menjawab Antarapos, 'oh..okay, kata Wan Azizah sambil tersenyum sinis.
Gambaran riak wajah Wan Azizah yang tidak selesa dengan soalan itu dimuat turun oleh saluran youtube minaq jinggo 13 hari ini.
"Itu soalan yang..ada program lain," kata Wan Azizah sambil menguis-guis tangan ke arah wartawan Antarapos itu yang memberi isyarat tidak mahu menjawab soalan itu dan dalam masa sama mukanya memandang ke arah lain.
Wan Azizah juga dilihat cepat-cepat mahu menghentikan sidang medianya dan mahu bangun, walaupun wartawan masih belum berpuas hati untuk bertanya soalan terhadapnya.
Barangkali, Wan Azizah sudah tahu bahawa Antarapos merupakan laman yang paling kerap menumpukan terhadap pergolakan PKR di Selangor.
Sementara itu, Faekah dalam kenyataannya kepada Sinar Harian menafikan dakwaan beliau akan meletak jawatan berikutan kontroversi penolakan dalaman PKR terhadapnya.
"Dakwaan oleh media ini muncul lambat, sedangkan ianya (spekulasi) berlaku lebih awal, namun saya fikir mereka agak laju dalam membuat kesimpulan.
"Sedangkan, saya bertemu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam (kelmarin) dan soal penamatan tugas langsung tidak disebutkan, malah, saya diamanahkan dengan lebih banyak tanggungjawab," katanya.
Faekah juga turut memberitahu bahawa Wan Azizah mempertahankannya untuk kekal dengan jawatan yang disandangnya sekarang.
"Saya mungkin sedih dengan asakan bertubi-tubi daripada kawan dan lawan, namun ini bukan caranya untuk meminta saya mengundurkan diri.
"Dr. Wan Azizah ada jumpa saya di bangunan Setiausaha Kerajaan negeri hari ini, tetapi bukan untuk meminta saya meletakkan jawatan, sebaliknya menghadiri satu mesyuarat dan beliau turut membawakan saya sarapan," katanya kepada Utusan Malaysia.
Desakan-desakan PKR supaya Faekah meletak jawatan disebut-sebut didalangi oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Sumber : AIDC
No comments:
Post a Comment